BARANGKALI PENGARUH USIA LAPAN PULUH PERATUS LEBIH MENYERAHKAN SAHAJA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. MUNGKIN CUMA PC je kot. Sahabat-sahabat blogger rasa juga tak. kalau dulu-dulu masa masih muda mudi, masa masih remaja, semangat, kemahuan dan kehendak tu macam melonjak-lonjak. Tapi seiringnya waktu semua menjadi labih perlahan dan bag PC lebih santai. Santai yang lebih menuju ke arah lebih tenang dan lebih berdamai dengan diri sendiri.
Kalau dulu-dulu macam bila nak tak dapat boleh jadi emosi. Seboleh-boleh nak cuba sampai menjadi. Kalau itu jam, ha itu jam jugalah. Tapi mungkin kerana faktor usia PC rasa sendiri perubahan pada diri sendiri. Atau ini salah satu doa daripada banyaknya doa yang PC minta dengan Allah dikabulkan. Alhamdulillah sangat-sangat.
Bukan tak ada semangat. Bukan tak sungguh-sungguh. Bukan juga lepas tangan. Tapi mula sedar bahawa kadang kalau terlalu mengejar dan berharap atau bersungguh-sungguh tanpa taktik atau teknik yang betul ianya amat sangat melelahkan hati dan fikiran seterusnya bawa ke tubuh badan.
Apa yang difikirkan mahu direalisasikan. Otak akan sentiasa mencerna mencari jalan. Berjaya bersyukur. Kurang berjaya boleh membebankan perasaan. Bab ini yang mula berkurang. Kurang paksa-paksa diri. Pada sesetengah hal ya. Tidak semua hal juga boleh dituruti. Dalam hidup ni ada juga sesetengah perkara mesti dipaksa. Kalau tidak malas ditambah dengan hasutan yang entah apa-apa daripada mana-mana sahaja. Tapi kalau hal remeh temeh mana boleh abai maka abaikan sahaja. Jangan simpan di fikiran dan dalam hati.
Kesian diri sendiri. Jom bawa santai. Mana boleh tangguh maka tangguh. Mana boleh kemudiankan maka kemudiankan. Barangkali pengaruh usia, lapan puluh peratus lebih menyerahkan kepada Allah. Bukan bererti sebelum-sebelum ini tidak menyerahkan kepada Allah. Bukan tidak tawakkal. Cuma kadang cakap tawakal. Cakap reda. Cakap baik-baik sahaja cuma dilisan. Cuma dimulut sahaja tapi dihati tidak sepenuhnya begitu. Sekarang terbalik, dilisan sangat kurang tapi sedang mahu melebihkan di dan daripada dasar hati yang paling dalam. Semoga istiqhamah. Aamiin.
Tinta Perdu Cinta ❤
BARANGKALI PENGARUH USIA LAPAN PULUH PERATUS LEBIH MENYERAHAKAN SAHAJA
Tags:
Santai
Ala.. dag=h taip panjang2 terlog out pula. Seiring jiwa yang bijak mengutamakan keutamaan. Begitulah kita.
BalasPadamTerbalik pula dengan saya. Masa muda dulu malas dan hanyut. Sekarang baru sibuk nak kejar balik hidup yang hilang
BalasPadam