BERBEZA TETAP BOLEH SAMA-SAMA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ADA perbezaan yang masih lagi tetap boleh bersama-sama. Ada je. Dengan syarat saling bertoleransi satu sama lain. In sya Allah boleh.
Perbezaan agama pun masih boleh duduk di bawah satu bumbung. Adakan kisah di mana orang belum Islam memelihara dan menjaga anak angkat yang beragama Islam dengan sangat baik. Lagi satu contoh mudah di negara kita. Berbilang bangsa, agama dan budaya tetap sahaja akan sama-sama saling meraikan setiap kali menyambut perayaan masing-masing.
Berbeza tetap boleh sama-sama. Suami isteri, adik beradik dan kawan-kawan serta saudara mara. Ada perbezaan masing-masing jugalah. Kadang pendapat tak sama. Itu pun berbeza jugakan. Tetap je boleh sama-sama berjumpa, berkomunikasi dengan baik dan santai menikmati ukhuwah yang sudah tersemai.
Berbeza memang boleh jadi perbalahan. Tidak dinafikan. Sekarang ni tengok jelah, banyak timbul perbalahan disebabkan perbezaan. Sebenarnya itu diri sendiri yang pilih. Pilih untuk berbalah satu dengan yang lain. Tak perlu tengok jauh, kadang jiran dengan jiran pun boleh berbalah sebab berbeza yang dibesar-besarkan. Walau berbeza kalau awak pilih dapai, maka damailah jadinya. In sya Allah.
Berbeza tetap boleh sama-sama kalau rajin muhasabah diri. Bila bersedia buang ego yang bukan-bukan dan jangan keras kepala serta keras hati sangat-sangat. Semua orang betul. Semua orang ada salahnya juga. Kalau hari ni betul buka bererti esok lusa tak buat salah. Kalau hari ni salah bukan pintu taubat tu terus tertutup untuk dia. Tak gitu.
Tinta Perdu Cinta ❤
BERBEZA TETAP BOLEH SAMA-SAMA
Tags:
Santai Peribadi
Berbeza juga menambah seri hidup. Asal saja kita tau meraikan perbezaan.
BalasPadammeraikan perbezaan
BalasPadamBetul setuju, mengapa mencari titik perbezaan. sedangkan banyak titik persamaan yang boleh diraikan. semuanya terpulang pada diri sendiri, jika dapat kikis sedikit ego masing-masing. hmm, sulit juga tu..
BalasPadamBERBEZA TIDAK SALAH TAPI KEKAL MAHABAH
BalasPadam