CARA PENDEKATAN MASING-MASING | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SEMUA orang akan ada formula dan pendekatan masing-masing dalam mengurus hidupnya. Cuma asanya yang paling ASAS mesti ikut acuan dan landasan yang SATU. Tiada Tuhan selain Allah. Nabi Muhammad utusan Allah. Untuk kita dunia sampai akhirat. Dua kalimah syahadah. Rukun Islam. Rukun Iman. Asas dan dasarnya mesti jaga elok-elok. In sya Allah selamat dunia akhirat. Aamiin.
Bila ada formula atau pendekatan masing-masing maka niatnya sama tapi caranya berbeza. Contoh mudah. Kita sama-sama nak jadi penghuni syurgaNYA, tapi A guna pendekatan membaca Al-Quran dan mendalami ilmu Al Quran. Manakala B perbanyakkan dan lebih gemar menyedekahkan harta bendanya. Nampak tak. Niat sama tapi pendekatan berbeza. Tapi ini yang sering menjadi perdebatan dan dipertikai.
Selagi tidak nampak depan mata selagi itu dikata tidak lakukan kebaikkan. Bila diperlihatkan kebaikkan dikatanya menunjuk pula. Ada yang boleh ditunjuk untuk menjadikan contoh baik dan bukti fizikal. Ada juga yang tidak perlu pun untuk ditunjukkan ketika buat kebaikkan. Dan PC selalu percaya, dasarnya adalah 'kerana Allah, jangan sampai tangan kiri tahu' ketika buat kebaikkan.
Set dihati dan minda, setiap orang ada cara pendekatan masing-masing ya. Sebab PC sendiri ada pengalaman ditegur oleh seorang rakan. PC tak dendam pun, cuma ianya masih segar dalam ingatan dan selalu jadi garis panduan untuk PC perbaiki diri. Lebih yakinkan diri ada sesetengah hal cukup diri aku dan Allah je yang tahu. Jika sahabat-sahabat melalui hal ini, akan datang atau dah pun ada pengalaman seperti ini, jangan jatuh tapi terus bangkit.
'Eh, ko ni aku tak pernah nampak sedekah. Sedekahlah. Solat sunat. Biar ko cepat dapat anak. Rugi umur makin tua, kawan-kawan semua anak dah bertambah, dah besar. Aku sebaya ko pun anak aku dah masuk 4 ni ha'.
Masa PC dengar ni, PC senyum je. Layankan je. Hehehehe. Rasa lucu pun ada. Benarlah bijak itu tidak hanya boleh dinilai daripada tebalnya fail sijil akademik daripada sekolah tadika hingga ke universiti. Ada sisi lain yang perlu dipelajari dan didapati tidak dibangki sekolah atau universiti walau mungkin subjek itu ada diajarkan.
Sedekah tidak perlu ditunjuk. Sedekah tidak semestinya dengan sesama insan. Begitu juga solat sunat. Tidak perlu juga setiap kali solat perlu warwarkan. Mesti tunjuk depan-depan. Anak itu bukan kita punya. Kita suami isteri ni usaha je sekadar mana yang boleh dan mampu. Anak Allah punya sebab itulah anak antara salah satu bentuk rezeki. Kalau umur dah berpuluh tahun tapi Allah izin mengandung siapa kita menolak, siapa doktor boleh menidakkan.
Sekali lagi, kalau kita melihat seperti orang lain tidak melakukan apa-apa, itu silap kerana tidak semua perkara dalam pengetahuan kita. Level kita ni hambaNYA sahaja. Sila sedar diri. Setiap anggapan dan teguran orang jadikan pemgakin semangat. Ramai tertepuk tangan dan menentikan saat kita jatuh tersungkur berbanding hulung tangan menarik kita bangkit semula. Cara pendekatan yang kita lakukan selagi tidak bertentangan dengan hukum yang ditetapkan Allah, maka laksanakan terus.
Tinta Perdu Cinta ❤
CARA PENDEKATAN MASING-MASING
Tags:
Santai
MEMBERI KOMEN TU BERPADA-PADA SELALU KAN
BalasPadampart suruh sedekah tu boleh hadam lagi, part kata sebab tak sedekah tu lambat dapat anak tu garu kepala jugak
BalasPadammulut tkde insurance...mcm la die tau org sedekah tp org tk tunjuk...payah kalo jmpa org gtu..bertabahla
BalasPadamRasanya ramai yang lebih suka bersedekah secara diam kan PC. Hanya Allah dan dia tahu..
BalasPadam