DUA CARA JAGA PERIUK NASI SENDIRI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Bukan cara nak bersihkan periuk nasi. Bukan kaeadah nak kilatkan periuk nasi atau macam mana. Jaga periuk nasi ni kadang je. Ulasan macam mana seseorang tu nak selamatkan diri dia. Rezeki dia yang sedia ada atau nak tambah rezeki sendiri.
Ada dua cara jaga periuk nasi sendiri. Cara selamat untuk diri sendiri dan orang lain juga. Cara selamat untuk diri sendiri tapi tabur pasir diperiuk nasi orang. Tinggal pilih sahaja yang mana. Cara pahala atau cara dosa. Cara putih atau cara hitam. Cara kemanusiaan atau cara menzalimi. Semuanya dua cara. Tentukan yang mana kerana ianya menentukan darah daging kita juga hujungnya nanti. Macam tak ada apa-apa, seperti tiada kesan pun tapi yakinlah ada impaknya.
Selamatkan periuk nasi sendiri dalam masa sama selamatkan periuk nasi orang itu tidak mudah tapi hebat luar biasa. Sungguh. Macam tu juga musnahkan periuk nasi sendiri demi menjaga periuk nasi orang, pun hebat kerana tidak semua mampu melakukan. Adakala menyelamatkan kedua-duanya boleh dilakukan. Adakala kita yang mesti berkorban pula. Rasa empati yang masih hidup, rasa cakna yang masih menebal. Membuat seseorang itu berfikir panjang dan takut untuk menabur pasir ke periuk orang lain juga.
Zalim bila kau tabur pasir ke dalam periuk nasi orang lain. Tak kisahlah dengan cara apa sekalipun. Yang tidak pernah silap menilai kebaikkan dan keburukkan manusia cuma Allah SWT. Kalau kau rasa penilaian kesilapan yang dilakukan oleh orang lain itu sudah sangat-sanga betul dan tepat, maaf, kau silap besar. Biarpun mungkin dendanya, hukumannya telah termaktub, selagi undang-undang dan peraturan itu digunakan atas idealogi manusia yang mewah kekurangan, ianya tetap sahaja ada kepincangan dan boleh terpakai atau tidak terpakai dengan campurtangan kemanusiaan.
Bagaimana aku, kau dan kita semua menjaga periuk nasi masing-masing, jomlah kita semak semula. Biar sama-sama rasa kenyang dengan cara yang benar. biar darah daging kita bukan didambakan oleh api neraka kelak. Tidak juga melahirkan generasi yang nanti cuma menudiang jari pada orang lain sedang asal usul diri tidak diperhati. Hari ini kita semai, boleh jadi keturunan kita yang tuai.
Sekian
Tinta Perdu Cinta
Dua Cara Jaga Periuk Nasi Sendiri
Tags:
Santai
saling menjaga kebajikan masing2 n xpentingkan diri sendiri
BalasPadamya betul..rezeki masing-masing. asalkan halal dan diberkati-Nya
BalasPadamJangan kenyang rasuah pulak
BalasPadam