HARUS BIJAK MAHU MENYAMPAIKAN

HARUS BIJAK MAHU MENYAMPAIKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. CAKAP siang pandang-pandang, bila bercakap malam  berbisik-bisik. Ada benarnya bagi PC. Tidak comel kalau berbicara ikut sedap lisan sendiri sahaja. Bahaya juga sebenarnya. 

Betul juga kalau beranggapan 'mulut aku ikut suka aku'. PC tak menafikan dan tak terus tuding jari salah pun. Boleh -boleh sahaja tapi orang lain pun ada hak dia juga untuk bantah atau terasa hati. Ini dipecahkan lagi kepada dua, terasa hati memang jenis hati rapuh atau yang kedua jenis tak mudah terasa hati tapi kata-kata awak tu yang memang menyakitkan. Kena jelas juga ya.

Sebab itulah harus bijak mahu menyampaikan. Tak kisahlah menyampaikan secara terus berhadapan jumpa atau melalui media sosial. Kalau ludah pun tak boleh sembarangan, apatah lagi ketika mahu menyampaikan. Silap sikit boleh bawa akibat yang besar dan serius. 

Sebelum menyampaikan lihat persekitaran, dengan siapa kita tengah bercakap. Hal apa atau perkara apa yang mahu disampaikan. Jangan terjah  terus. Kalau jenis perkara serius, orang yang dengar kuat semangat tidaklah menjadi masalah, kalau yang dengar lemah semangat boleh jadi penyakit. Pengsan. Timbul pula masalah lain. 

Pilihlah kata-kata yang sebaik-baiknya. Sopan. Tertib. Kawal intonasi. Harus bijak mahu menyampaikan. Bukan apa, supaya apa yang mahu disampaikan memang betul-betul sampai dengan baik. Mudah diterima dan mudah difahami. paling penting jelas. Kalau rasa perlu disampaikan maka sampaikanlah tanpa ada yang ditambah-tambah. Kalau tidak perlu maka jangan disampaikan. Sebab itulah PC cakap, HARUS BIJAK MAHU MENYAMPAIKAN. Jangan tunjuk bijak, nanti ibarat pasang jerat untuk diri sendiri.

Tinta Perdu Cinta ❤
HARUS BIJAK MAHU MENYAMPAIKAN  

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Seandainya menjadi orang tengah janganlah menokok-tambah cerita

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama