HIDAYAH JANGAN DITUNGGU SEBALIKNYA DICARI

HIDAYAH JANGAN DITUNGGU SEBALIKNYA DICARI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Carilah dengan cara apa sekalipun. Asalkan caranya betul. Kalau hidayah atau petunjuk cuma ditunggu In sha Allah datang tapi mungkin lebih lambat atau kalau dah ada depan mata pun tetap dinafikan kerana rasa cinta pada duniawi dalam diri insan itu tebal sebenarnya. 

Tidak peliklah kalau hidayah dah jelas pun masih lagi enggan diterima oleh hati dan akal. Sebenarnya ditolak bukan hidayah tidak mendekat dan merapat. Kalau kenal Al Quran. kalau tahu hadis dan sunnah. Itu juga adalah hidayah nyata secara fizikal. Segala bukti dan dalil. Wahyu daripadaNYA.

Belum bersedia. Benarkah belum bersedia atau sebenarnya menutup rapat hati. Kerana tiada usaha mencari dan mendasari apa yang dikatakan hidayah itu perlu dicari bukan ditunggu sehari-hari. Atau mungkin ada rasa ketakutan di dasar hati semua yang telah selesa dimiliki akan diambil kembali. Terkadang banyak yang menghadiri menghampiri. Membuat fikiran dan hati berbelah bahagi.

Hidayah selalu ada. Akan lebih ada dan mendekat bagi orang-orang yang suka akannya. Jangan menyalakan hidayah belum kunjung tiba kalau sendiri membuat pilihan menutup mata hati serapat-rapatnya.

Tinta Perdu Cinta ❤ 
HIDAYAH JANGAN DITUNGGU SEBALIKNYA DICARI



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Allahu.. sungguh terkesan.. Kita selalu mengharapakan hidayah, sepatutnya kita yang perlu mencarinya.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama