KECEKALAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati. Cekal. Ya cekal. Sebut je pun dah dapat rasakan satu aura kekuatan daripada dalaman seseorang. Setiap orang ada tahap KECEKALAN yang berbeza-beza.
Pada pendapat PC la. Setiap orang tak sama cara penerimaan akan suatu hal. Kadang dia boleh urus hal ini sendiri tapi tidak hal yang itu. Satu sahaja, jangan mulut tu ringan membeza-bezakan antara orang itu dengan orang ini.
Kecekalan perlu dibentuk dan dipupuk sentiasa. Dari setiap permasalahan dan dugaan itulah kita bina dan mendapat kecekalan. Tidak hairankan kalau seseorang itu dianggap cekal dan tegar kerana telah banyak dugaan atau kesabaran yang mesti dia tempuhi sepanjang hidupnya.
Pengalaman menyumbang kita menjadi manusia yang ada kecekalan dalam diri. Bukan bererti tidak boleh rebah atau terjatuh kerana hakikat kita insan biasakan. Cuma kecekalan itu buat kita lebih cepat bangkit dan melangkah lagi. kalaupun berada dalam kesakitan dan kesedihan ianya tidak terlalu lama untuk diatasi.
Kecekalan. Mudah disebut tapi tidak mudah disambut. Tidak mudah hati dan fikiran menyambut kerana terkadang kecekalan itu diperolehi setelah badai menimpa. Setiap kecederaan, setiap parut, setiap kenangan itu yang mungkin menyumbang menjadikan seseorang lebih cekal meneruskan fasa kehidupannya.
Kecekalan membentuk seseorang individu itu lebih berprinsip. Lebih berani. Lebih yakin. Pada skala dan kemampuan masing-masing. Menghadapi kehidupan hari demi hari itu tidak mudah. Ada pelbagai cabaran yang mesti dilalui. Selagi Allah izin in sya Allah kita mampu. Aamiin.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Kecekalan
Tags:
Santai
semoga terus cekal.
BalasPadamMESTI CEKAL HADAPI UJIAN HIDUP KAN
BalasPadamBenar PC, cekal kuat tabah, semuanya berlainan.. ada orang cekal, tapi tak kuat.. ada yang tabah, tapi susah nak cekal hatinya...
BalasPadamsetuju..... moga terus cekal menghadapi ujian hidup....
BalasPadam