KIPAS

KIPAS | Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Nikmatnya bila angin menyapa kulit. Lalu dihadapan muka kita. Nyaman. Terus rasa rindu nak jalan petang-petang dipesisir pantai. PC suka pantai. Suka sangat. Seluas pantai itu luas juga pandangan mata. Walaupun terhad namun itu dapat mengurangi rasa yang bersimpul difikiran dan apa yang bersarang dalan hati. Tenang. Mendekati alam ciptaanNYA juga memberi tenaga yang baik. Aura yang positif selain beribadah kerana dan untukNYA. Allahu. masyaAllah. 

Semulajadi jauh sangat nikmatnya kalau nak dibandingkan dengan buatan apa yang diciptakan oleh manusia. Namun begitu dalam kehidupan seharian kita sangat-sangat memerlukan banyak bantuan untuk memudahkan urusan kerja, aktiviti dan banyak hal lainnya untuk mempercepat, melancar dan menggantikan sementara keperluan yang diperlukan. Dengan kepintaran manusia, banyak yang telah dapat dicipta untuk kemudahan dan membantu kita semua. Bukan bererti melangkaui apa yang telah Tuhan cipta. 

Kipas menjadi salah satu solusi memberi rasa angin yang kita perlukan jika berada di dalam rumah atau di luar rumah yang tidak berangin juga. Selain kipas, penghawa dingin yang sering mennjadi pilihan ramai orang juga bagi mendapatkan sensasi rasa sejuk dan selesa. Kipas dinding, kipas tangan, kipas gantung dan apa pun jenis dan di mana pun diletakkan fungsinya memberi angin dan itu yang sentiasa kita mahukan untuk mengurangi rasa panas. Jangan main-main ya bila keadaan tidak selesa, ianya mempengaruhi emosi kita juga. Jangan macam-macam. Hehehehe.

Jangan macam-macam juga dengan kaki kipas. Kalau kepanasan dek cuaca yang panas dan tiada angin boleh buat orang emosinya meletop-letop, dengan kaki kipas ni lagi la perlu sediakan benteng yang kuat dan padu.Tidak mustahil dengan perangai dia yang kuat kipas tu kita akan mudah meletop juga. Dia kipas apa yang boleh dikipas sedang kita akan menjadi mangsa orang yang dia kipas tu cakap main ikut lepas. Bahaya wo, kaki kipas ni macam parasit boleh membunuh yang lain sacara senyap dan terang. Baik-baik. Dia selamat selalu orang lain jadi mangsa sentiasa. Memang sakit.

Cukuplah kita  beli kipas dan gunakan untuk keselesaan. Jangan dapatkan keselesaan dengan asyik kipas sana sini. S e k i a n

Tinta Perdu Cinta ❤
KIPAS

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. kaki kipas memang bahaya. kalau kipas tak jalan, dia pakai aircond. orang lain yang panas

    BalasPadam
  2. Terbayang buat karangan "Aku sebuah kipas" hehe

    BalasPadam
  3. Jaman dulu2, masa takde karen
    takde kipas pun okay aje.
    Sekarang 24 jam nak berkipas

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama