MANFAATKAN PELUANG RUANG WAKTU SEKARANG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SEMAKIN lama ramai yang berlumba-lumba. Ada yang berlumba-lumba cara positif dan ada juga berlumba-lumba dengan cara dan niat yang jelas salah. Sukar mahu menilai hati orang. Memang luaran nampak biasa sahaja tapi dalam hati dan fikirannya bukan dalam batas kemampuan kita menilai.
Manfaatkan peluang ruang waktu sekarang. Ambil kesempatan tapi dari sudut positif. In sya Allah selamat. Tak kisahlah apa sahaja contohnya tambah ilmu ke. Tajamkan lagi kemahirannya ke. Cuba sesuatu yang baharu pun boleh yang sebelum ni minat tapi belum berkesempatan untuk lakukan.
Bila nak mula memang akan ada keraguan. Bila sudah bermula akan ada cabaran. PC sendiri rasainya. Boleh ke tak boleh ni. Jadi ke tidak ni. Macam-macam la yang terlintas diotak ni ha. Paling mudah terjadi adalah rasa waswas atau ragu. Allahuakbar. Dugaan sungguh.
Kalau boleh mula cepat. Kalau tidak boleh lambat tidak mengapa asalkan ada pergerakan memulakan. Itu lebih baik. Abaikan apa kata orang. Biarkan segala cacing maki yang diberikan oleh orang lain. Tidak mengapa. Jadikan pembakar semangat. Bangkit.
Peluang itu juga adalah salah satu bentuk rezeki daripada Allah. Tidak semua orang mendapatkan peluang. Dapat kemudian belajarlah untuk menghargainya ya.
Tinta Perdu Cinta
MANFAATKAN PELUANG RUANG WAKTU SEKARANG
Tags:
Santai
Terima kasih untuk peringatan ini PC
BalasPadamTqq Pc
BalasPadamThanks atas peringatan. Lebih baik mencari ilmu dari buat perkara lagha
BalasPadam