MEMAAFKAN DAN MINTA MAAF JUGA

MEMAAFKAN DAN MINTA MAAF JUGA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Tutup hari ini dengan memaafkan orang lain. Buka hari baharu dengan kemaafan daripada orang lain juga. Bererti kita memaafkan dan mesti juga meminta maaf. Betul tak. Buat salah atau tidak,  minta maaf je. Tak rugi pun sekurang-kurangnya kalau ada kita buat salah tanpa sengaja, dah minta maaf awal-awal lagi. Sekali lagi, tak rugi sama sekali. In sha Allah. Cakap dengan diri sendiri.

Memaafkan belum tentu mulia. Meminta maaf tidak sama sekali hina. Kenapa memaafkan belum tentu mulia,  kerana tidak semua orang boleh memaafkan dan melupakan  termasuklah PC walau cuma dalam segelintir hal atau urusan serta perbuatan. Ada hal PC maafkan dan lupakan terus. Ada perkara PC maafkan tapi liat untuk kikis dan melupakan. Mungkin perlukan lebih waktu. Aamiin.  Memaafkan dengan kemuliaan itu bila awak memaafkan dan melupakan dalam masa yang sama. Hebat. Jernih hati. MasyaAllah. Alhamdulillah. Memang ada yang boleh lakukan dengan sangat-sangat mudah. Syabas. 

MEMAAFKAN DAN MINTA MAAF JUGA

Hina ke kalau kita meminta maaf. TIDAK. Lebih dihargai dan disenangi. Lebih juga dihormatilah dan diletakkan pada suatu kedudukan yang tersendiri. Dengan syarat minta maaf tu tulus tiada niat lain yang tersirat. Ini penting. Kalau kita minta maaf Ada niat yang diselingdungi, lambat macam mana pun tetap diketahui juga. Tapi kalau betul-betul ikhlas, In sha Allah semua urusan Allah SWT permudahkan. Jangan risau. Bila dah orang minta maaf tu jangan pula ada yang ambil kesempatan pijak kepala. Tak baik buat orang macam tu. Burukkan imej sendiri juga sudahnya. 

Hidup kita ni sentiasa diperhati dan dinilai. Selalu kita takut dengan penilaian orang. Risau dengan perhatian yang selalu ada. Satu hal yang dilupakan kadang manusia tak takut pula dengan perhatian dan penilaian daripada Allah SWT. 

Seimbangkan hidup kita. Maafkan walau susah lupakan. Meminta maaf walau berasa tidak lakukan apa-apa kesalahan. 

Tinta Perdu Cinta ❤
Memaafkan Dan Meminta Maaf Juga

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ada juga kesalahan yang saya masih sukar nak maafkan. Dah cuba tapi kesannya terlampau parah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama