MERINTIS KEHIDUPAN KIAN MENCABAR | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BUKAN kehidupan kalau tidak ada cabaran. Sangat betul dan sangat tepat. Tapi lebih tepatnya adalah merintis kehidupan kian mencabar saban hari. Berganda-ganda.
Kalau ada yang beranggapan cabaran lebih besar datangnya daripada kecanggihan dan pesatnya perkembangan teknologi di mana banyak hal boleh diakses dengan mudah, ya memang betul. Namun begitu hakikat sebenarnya adalah berbalik pada sikap individu. Cara orang bawa diri dia dan cara orang menyampaikan kepada orang lain.
Apa yang dilihat dan didengar boleh mempengaruhi. Lagi-lagi bila ianya kerap kita dekati atau kerap mendekati. Kata orang sekali dua kali mungkin boleh menepis lagi tapi kalau sudah hari-hari lama-lama larut dan boleh hanyut juga. Di sini penting dan besar peranan iman dan ilmu.
Namun apa yang PC perhatikan adalah, sebenarnya cabaran tidak hanya daripada teknologi yang boleh menjajah diri seseorang ke arah yang kurang baik, persekitaran kita juga ada sahaja yang boleh mempengaruhi kita mejadi lebih jatuh atau tersungkur. Mungkin tidak daripada segi fizikal ya tetapi daripada sudut pemikiran dan kepercayaan. Akhlak dan tingkah laku serta adab.
Bukan bererti teknologi menjadi kehidupan kian mencabar dalam hal negatif sahaja, ada banyak juga manfaat yang boleh kita perolehi daripada teknologi. Namun niat jahat dan tangan-tangan negatif sering dan akan selalu menghancurkan. Jadi, tidak mustahil la merintis kehidupan kian mencabar. Semuanya menjadikan teknologi, media sosial sebagai perantara terpantas walau tidak semuanya boleh diterima dan boleh dipercayai jugakan.
Kalau tidak teguh iman dan kalau tidak berpendirian tidak mustahil akan ramai generasi pelapis rabak jati dirinya. Sekarang pun dah nampakkan. Kalau sekarang pun situasi kian meruncing ditambah dengan virus yang pelbagai, apatah lagi anak muda yang menjadi benteng negara. Selalu mencari sesuatu yang baharu dan lebih praktikal. Tidak suka berfikir menyebabkan dengan mudah membuat keputusan dan ambil jalan paling mudah dan singkat.
Ilmu yang awak ada. Kepakaran yang awak ada. Kemahiran yang awak ada. Apa sahaja yang awak, awak dan awak, ya awak ada, semua pinjaman sahaja untuk menjadi rezeki dan ujian. Jadi tolong gunakan sebaik-baikknya jangan menjadikan awak nampak hina pada pandangan Tuhan dan sesama manusia. Jangan jadikan alasan untuk menghalalkan cara dan jangan mempengaruhi orang lain menjadi setitik nila yang merosakkan sebelanga susu. Pengaruhilah orang lain menjadi minyak wangi yang walau cuma duduk berhampiran pun harumnya tetap mampu disebarkan.
Tinta Perdu Cinta ❤
MERINTIS KEHIDUPAN KIAN MENCABAR
Tags:
Santai
teknologi dan kemodenan ada baik dan buruknya. kena pandai menilai. terutama generasi muda
BalasPadamiman menapis keburukan n mengutip mutiara kebaikan semata insya-Allah
BalasPadammmg mcm2 cabaran skarang ni dgn teknologi yg semakin canggih...smoga kita smua dpt hadapi cabaran yg mendatang dgn baik
BalasPadamduit dalam bank pun bukan kita yang punya....
BalasPadam