MINTA DITUTUPKAN PINTU HATI

MINTA DITUTUPKAN PINTU HATI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SELALUNYA minta doa dengan Allah swt agar sentiasa dibukakan pintu hati. Tapi jangan lupa kena minta juga ditutupkan pintu hati. Kalau kita minta, berdoa sungguh-sungguh dibukakan pintu hati agar lembut hati, cinta Al Quran, sayang Allah, sayang Rasulullah saw, suka ilmu dan kebaikkan, tapi dalam masa yang sama hati masih lagi mewah dengan kekeruhan pun semuanya akan terpelanting. Sebab itulah kena juga berdoa minta Allah tutupkan hati kita.

Minta ditutupkan pintu hati. Biar betul ko PC. Betul. Kalau nak isi air bersih yang suci dan boleh menyuucikan kena pastikan bekas yang nak digunakan untuk isi air tu pun kena betul-betul bersih. Basuh dulu, bersihkan dulu. Macam itu juga diri kita. Hati kita terutamanya kerana di situ dan dari situlah sarang dan punca. Perkara baik susha nak masuk dan bertahan kalau pintu hati masih terbuka dengan hal-hal negatif. 

MINTA DITUTUPKAN PINTU HATI

Memang kena minta ditutupkan pintu hati daripada dikuasai dan dimasuki oleh hal-hal dan rasa-rasa yang negatif. Apa yang tidak baik dan apa yang tidak sewajarnya. Bila hati dah betul-betul ok, baharulah apa yang kita minta, buka pintu hati agar yang baik-baik masuk itu mudah. Tiada penolakkan dan percanggahan juga dalam masa yang sama. 

Cantik hati cantik dan baik terkesan ke seluruhan jasad termasuklah fikiran kita. Bisikan daripada hati buat fikiran kadang entah apa-apa. Entah juga perginya ke mana-mana. Bisikkan hati jangan dipandang ringan. mahu berubah bermula daripada hati. mahu mula pun bermula daripada hati. mahu berhenti pun bermula daripada hati juga.

Hidayah biasanya terjah pintu hati dahulu. Terdetik, terasa, terjentik dan ter yang lain itu daripada hati kita. Sedap juga ni kalau dapat pisang goreng rangup, terdetik dihati dan otak mula ligat mencari di manakah tempat jual pisang goreng rangup. Ha gitu. kalau PC la. Orang lain mungkin lain ya.

Ada pintu yang perlu ditutup serapat-rapatnya. Ada pintu yang mesti dibuka seluas-luasnya. Semuanya proses yang perlukan jangka waktu untuk kita mempraktikkannya. In sya Allah boleh. Aamiin.

Tinta Perdu Cinta ❤ 
MINTA DITUTUPKAN PINTU HATI 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama