NASI LEMAK

NASI LEMAK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. JAUH beza. Inilah hakikatnya tentang nasi lemak. Kenapa?. Dulu zaman PC kecil kalau sebut je nasi lemak mesti untuk sarapan pagi sahaja. Tapi sekarang siang malam pagi petang bila-bila masa ada orang jual nasi lemak. Ada orang masak nasi lemak. Nak makan nasi lemak terus masak tak kira masa.

Apatah lagi zaman sekarang nasi lemak bukan cuma berlaukkan kacang tanah goreng, ikan bilis goreng,  sambal ikan bilis, timun dan telur goreng atau telur rebus sahaja. Sekarang nasi lemak dah semakin maju. Boleh pilih lauk pauk yang disediakan. 

Ada masa nak makan nasi lemak pelbagai lauk. Ada masa nak makan nasi lemak biasa-biasa je. Hari ni rezeki nasi lemak comel biasa-biasa. Tapi dek aroma daun pisang tu yang buat istimewa. Haaa gitu.

NASI LEMAK

Nasi lemak buah bidara
Daun selasih dilurutkan
Buang emak buang saudar
Kerana kekasih diturutkan

Elehhh.. kalau sanggup buang emak buang saudara, tak mustahil awak pun nanti dibuang dengan mudah. Eh, teremosi pulak. Kikikikiki.

Tinta Perdu Cinta ❤
Nasi Lemak



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. yang bestnya masih ada lagi jualan nasi lemak seringgit sebungkus

    BalasPadam
  2. Nasi lemak bungkus atau pun beralaskan daun pisang memang ada keistimewaan yang tersendiri walaupun nasi lemak tu cuma ada sambal dan seketul kecik ikan masin bulu ayam gittewww

    BalasPadam
  3. Alahai comelnya nasi lemak tu! Betul kan.. dahulu nasi lemak ada dijual waktu pagi sahaja. Sekarang ini pagi petang siap malam ada. Nak nasi lemak pukul tiga empat pagi pun ada...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama