NIATKAN SEDEKAH SAJALAH | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SEMUA sedia maklum sekarang semuanya naik harga. Semuanya mahal. Pergi beli makanan tak kisahlah di restoran ke, warung ke, gerai-gerai tepi jalan ke, semua naikkan harga makanan yang dijual. Nak marah pun tak boleh mereka cari rezeki. Cuma ada hal yang mesti diperhatikan juga.
Cuma, bila sama-sama cari rezeki kena bijak dan jujurlah ketika berniaga. Pembeli pun kena terbuka hati dan fikiran untuk ikhlas. Apa maksud PC. Macam ni. Ya, harga bahan mentah naik. Apatah lagi bagi mereka yang berniaga kuih muih, kek dan sebagainya. Tak ada peniaga yang berniaga nak rugi. Walau sedikit tentu sahaja mahukan keuntungan. Wajar. Daripada untung tulah nak pusing semula beli bahan, nak simpan juga. Belum kira duit gas, minyak kereta dan sebagainya.
Tetapi tidak bermakna boleh ''asal sahaja''. Kualiti dan kuantiti mesti kena jaga betul-betul dan sungguh-sungguh. Pembeli beli dan bayar. Pembeli pun bekerja mencari duit. Mungkin ada yang kata,''buat apa beli''.. atau ''kalau tak puas hati jangan beli''.. ya, membeli itu pilihan kita. Kita ada hak untuk pilih nak beli atau tidak. Nak makan atau tidak. Nak cuba atau tidak.
Namun begitu, kena balik pada niat asal berniaga. Boleh bayangkan kalau awak berfikir ''nak beli belilah, tak nak beli tak payah beli'' sebagai peniaga awak meletakkan diri dan perniagaan dalam risiko. Pembeli ni, mudah, kalau berkualti, kuantitinya juga setimpal dengan harga, in sya Allah akan ulang beli. Percayalah.
Ada yang boleh dirasa. Ada yang tidak boleh dirasa. Satu lagi, kepada pembeli atau pengguna, kalau kita membeli dan apa yang kita beli itu dirasakan tidak setimpal dengan harganya ditambah dengan kualiti dan kuantitinya boleh buat timbul rasa kurang berkenan dihati, daripada sakit hati sampai tidur pun termimpi-mimpi, baik niatkan beli sambil sedekah jelah. hati kita lapang. Boleh senyum dengan ikhlas.
Tinta Perdu Cinta ❤
NIATKAN SEDEKAH SAJALAH
Tags:
Santai
betul . skrg terasa sgt byk yang mahal .. kadang rasa macam alahai , xberbaloi beli ..sebab mahal lah org tu jual ..
BalasPadamBetul tu. Sekarang ni pejam mata je bayar. Cuma kalau tak menepati citarasa atau rasa tak berbaloi, first and last kat situ.
BalasPadamKalau rasa marah, lupa nak niat sedekah, huhu.
BalasPadambiar berbaloi dgn harga yg kita byr tu. sy x kisah byr mahal asalkan makanan tu sedap. ni yg bengangnya dah la mahal, tp x sedap langsung!
BalasPadam