PELITUP MUKA HIJAB PULA

PELITUP MUKA HIJAB PULA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. DULU masa awal-awal masing-masing kelam kabut cari pelitup muka. Harga mahal pun gigih beli dalam kuantiti yang banyak kerana keadaan memang sangat-sangat mendesak dan ramai juga yang terdesak. 

Ingat lagi, encik suami pergilah merata kedai semua habis stok.. ''maaf bang stok dah habis la bang''. ''maaf bang orang dah borong beli banyak-banyak la bang''. Keluarlah encik suami dariapda kedai dengan wajah yang kecewa dan sedih. Lama-lama semakin ramai stokis. Semakin ramai dealer. Semakin banyak dijual secara dalam talian. Pilih je nak yang macam mana. Bayar, tunggu dan sampailah.

Sekarang semangat la encik suami kalau pergi kedai, tengok ada pelitup muka yang dia berkenan asyik beli jelah.. 

PELITUP MUKA HIJAB PULA

Masuk tahun keempat. COVID19 mula hujung tahun 2019 kan.. maaf la kalau PC khilaf ya. Pergilah mana-mana pelitup muka tidak lagi menjadi satu yang asing dengan kita walau mungkin masih ada yang tidak cakna akan hal ini. Santai semacam. Tak apa. Biarkan dia, dia dan dia. Lagi comel tengok anak-anak kecil yang pakai pelitup muka.. fuh cair ais krim ditangan kerana mata asyik memandang. Wekkkk.

Satu lagi pemandangan adalah pelitup muka bersepah di mana-mana. Ada je. Boleh jadi tong sampah telah terhapus di ngap oleh bumi. Agaknya la. Dah tu susah sangat nak buang pelitup muka yang dah digunakan dalam tong sampai. Berubah ya. Tak rugi pun. Takut timbul masalah lain pulak. Sampah sana sini situ berdosa. Eh.

Semakin ke sini. Semakin lama semakin mudah. Semakin canggih manggih. Huhuhu. Kalau sebelum ni ribut nak cari extender mask untuk muslimah berhijab. Sekarang dah mudah. Tapi kalau yang berhijab tak nak guna pelitup muka kahas berhijab pun tak jadi masalah la hai.. boleh je guna entender yang comel-comel ada dipasaran tu ha. Mengapa tidak. Boleh juga bantu peniaga-peniaga kecil yang jual aksesori comel-comel tu.

Tinta Perdu Cinta
PELITUP MUKA HIJAB PULA


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Salam kenal. Memang terasa lama Covid ni, kita start PKP bulan Mac 2020, dah 2 tahun. Face mask ni dari satu keperluan dah jadi fashion item. Dari pereka fesyen sampai la artis semua ambil kesempatan jual pelitup muka premium, harga pun premium. Bagi saya, membazir jgk beli face mask harga premium sebab lepas seharian pakai, akan dibuang ke tong sampah.

    BalasPadam
  2. Covid dah mula dari hujung tahun 2019 tapi di Malaysia Mac 2020 baru tersebar luas. Rasanya dulu stok pelitup muka kurang kerana banyak operasi kilang tertangguh terutama di negara China. Pendapat saya lah

    BalasPadam
  3. uncle pakai apa pun tak comel....

    BalasPadam
  4. PAKAI TUDUNG BERHIJAB MASK TERBAIK ISLAMI LAGI XMEMBAZIR BOLEH BASUH KAN

    BalasPadam
  5. Sekarang dah mudah nak beli.. Pelbagai corak lagi.. Ada macam-macam pilihan dan gaya namun sikap manusia susah nak duga.. Bersepah-sepah mcm PC katalah seolah-olah langsung tak ada tong sampah dah..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama