PERMULAAN BERBEZA LANGKAH PERTAMA TIDAK SAMA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BETUL. Kalau susah nak lihat yang jauh, lihat sahaja yang paling hampir dulu. Siapa. Adik beradik kita. Saudara mara kita. Ibu ayah kita. Lihat apa. Lihat perjalanan kehidupan mereka masing-masing. Ada onak durinya. Ada turun naiknya. Ada air mata. Ada bahagia. Lengkap Allah beri. Allah sayang. Allah rindu.
Kemudian lihat pada diri sendiri. Lihat orang lain. Bolrh tapi jangan membezakan diri sendiri dengan orang lain itu akan menimbulkan rasa yang tidak baik. Nanti mudah tekan diri sendiri. jangan cakap pada diri kenapa aku tak macam dia. Alangkah bagusnya aku macam dia.
Ingat, yang kita nampak itu luaran. Gah itu luaran. Cantik indah itu luaran. Senyum bergaya itu luaran. Tidak mustahil dia pulak sentiasa berfikiran mahu menjadi seperti kita. Nampak tak. Jelas tak. Sedangkan yang kita tunjukkan pun cuma luaran sahaja. Tak gitu. Kuncinya nak hidup tenang, selalu bersyukur.
Permulaan setiap kita tidak sama. Langkah pertama kita pun berbeza-beza. Ada orang mula diusia kanak-kanak. Ada yang bermula ketika remaja. Tidak kurang juga ada yang sudah berusia baharu dia bermula. Bermula apa.
Tidak kiralah bermula apa sekalipun. Kehidupan berpasangan dan membina rumahtangga. Mendapat pekerjaan yang terbaik bagi dirinya. Keselesaan hidup. Pendidikan dan sebagainya. Setiap orang akan ada keresahan dalam diri masing-masing. Biasanya usia menjadi topik utama. Usia yang buat seseorang individu itu sering berkira-kira dan berasa bimbang juga. Ya, usia cuma sekadar angka namun pada usia itu menjadi satu pengukur penting untuk kita ini pilih jalan yang mana.
Percaya dengan rezeki. Bila sudah sepenuh hati berusaha, maka mesti sepenuh hati juga percaya pada perjalanan dan aturan Allah kepada kita.
Tinta Perdu Cinta ❤
PERMULAAN BERBEZA LANGKAH PERTAMA TIDAK SAMA
Tags:
Santai
Betul sangat. Kita rasa nak jadi macam A... sedangkan dalam masa yang sama si A mungkin berimpian untuk berada dalam tempat kita. Syukur punca bahagia.
BalasPadamkalau mula langkah awal tentu cepat sampai penghujung
BalasPadamYakin Allah dah aturkan yg terbaik buat kita
BalasPadamLangkah kita berbeza.. Syukur dengan rezeki yang kita ada sebab setiap kebahagian itu ada kesukaran yang perlu dilalui..
BalasPadam