SALING EMPATI SIMPATI TAPI JANGAN AMBIL KESEMPATAN PULA

SALING EMPATI SIMPATI TAPI JANGAN AMBIL KESEMPATAN PULA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BERMUAMALAH dari zaman Nabi Muhammad saw lagi sudah ada dan sudah dilakukan. Sebab itulah berniaga dianggp sunah kerana Nabi Muhammad juga seorang pedagang. Apatah lagi isteri baginda Siti Khadijah binti Khuwailid. Kekayaan beliau diberikan sepenuhnya kepada Nabi Muhammad saw untuk berdakwah.

Sembilan persepuluh rezeki yang besar sebenarnya boleh diperolehi dengan cara berniaga. Menjadi peniaga. Namun mesti jadi peniaga yang bersih. Bersih daripada penipuan harga, kualiti dan timbangan. Bebas daripada riba'. Mahu menjadi seorang peniaga mesti ada ilmu. Walau cuma ilmu asas dalam perniagaan supaya keuntungan menjadi halal, tidak sentiasa rugi dan paling penting berkat.

SALING EMPATI  SIMPATI TAPI JANGAN AMBIL KESEMPATAN PULA
KREDIT GOOGLE IMAGE

Peniaga mesti jujur ketika berniaga. Ianya menjadi kunci utama perniagaan bertahan lama dan dikunjungi ramai pelanggan. Percayalah. Kepercayaan pelanggan atau pembeli ni mahal dan sangat bernilai kerana pelanggan ni boleh jadi ejen promosi percuma untuk para peniaga yang jujur dan baik hati. Besar kesannya bila ada promosi mulut ke mulut ni.

Rata-rata para peniaga makanan terutamanya masih terkesan dengan COVID19. Keluhan demi keluhan masih lagi kedengaran juga. Harga barang mahal. Jadi mahu tidak mahu peniaga harus menaikkan harga makanan juga dalam waktu yang sama. Ada peniaga naikkan harga makanan tapi kuantiti dan kualitinya masih sama. Ada peniaga harga makanan dinaikkan sekaliganda kuantitinya pula turun dua kali ganda. Aduh. Atau harga sama tapi kuantiti berbeza. 

Jangan fikir orang dah biasa membeli, dah tahu rasanya sedap, orang pasti akan terus beli walau kuantiti  berbeza, walau harganya berganda. Pembeli kian bijak mencari dan menilai. Dalam keadaan sekarang masing-masing berusaha untuk berjimar cermat dan memotong mana yang tidak perlu.Ada banyak pilihan. Peniaga mesti hati-hati.

Tinta Perdu Cinta ❤
SALING EMPATI  SIMPATI TAPI JANGAN AMBIL KESEMPATAN PULA 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul. Sekarang ini kalau hendak membeli makanan di luar, kena berhati-hati. Ramai (walau bukan semua) peniaga yang menangguk di air keruh.

    BalasPadam
  2. uncle memang pangkah kaau kualiti turun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. contoh plg baru...makan di fast food yg jual ayam goreng terkenal tu... dah 3 outlet ammi pegi semua dah hilang rasa kick "jenama" dia..tapi harga maintain

      Padam
  3. memasak ni bagi saya bukan semua orang mampu buat. lagi-lagi kalau part nak mantain kualiti tu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama