BERASA SELESA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Alhamdulillah. Semua orang nak rasa selesa. Selesa dengan cara masing-masing. Apa dan bagaimana jenis juga cara dan situasinya. Walau macam biasa sahaja dan sederhana tapi selesa boleh-boleh sahaja. Penting ke berasa selesa. Sangat-sangat penting. hak semua orang untuk mendapatkan rasa selesa.
Selesa tidak semestinya perlu mewah. Mewah belum tentunya selesa. Selesa itu subjektif. Kalau berasa tidak selesa dalam kemewahan, semai benih kesederhanaan dalam kemewahan kerana sederhana itu anjuran dalam agama. Pilih jalan dan jalan yang paling selamat itu lebih baik.
Selesa tidak cuma pada luaran. Dalaman kita juga perlu rasa selesa. Perasaan kita, fikiran kita sangat perlu berasa selesa. Daripada situ terbit tenang. Tenang menjalani kehidupan. Beribadah. Beriadah. Rasa ringan dihati dan rasa lapang pada fikiran bila ada rasa selesa dalam kehidupan seharian kita. Sebahagian besar urusan in sya Allah jadi lancar.
Ada orang perlu mengeluarkan modal besar-besar untuk berasa selesa. Ada orang tidak perlu modal untuk berasa selesa. Dan ada orang cuma mengeluarkan modal yang seperlunya sahaja untuk mengecapi selesa. Semua ada skalanya mengikut keperluan dan kehendak sendiri-sendiri sahaja. Mampunya seberapa. Mahunya seperti apa. Sepadankan sahaja.
Satu sahaja kalau mahu terus berasa selesa. Jangan selesa atas penderitaan atau kesusahan orang lain.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Berasa selesa
Tags:
Santai
Ayat terakhir tu benar sekali, jangan kecapi bahagia dan selesa diatas penderitaan orang lain. Minta dijauhi. Amin
BalasPadamayat last tu yang akak elakkan, ada je cubaan nak menyunting akak jadi yang ke 2...memang tak nak la dan x sanggup bahagia atas penderitaan orang lain...
BalasPadamSelesa itu memang disukai semua :-)
BalasPadamselesa dalam situasi apa pun bhgia pasti
BalasPadam"Selesa tidak semestinya perlu mewah." - Betul sangat ni.
BalasPadamterlalu lama dalam zon selesa pun bosan juga. huhu
BalasPadam