JANGAN SIA-SIAKAN USIAMU. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Kanak-kanak, remaja, dewasa, tua. Ada fasa dan garis waktunya. Usia itu rezeki yang dipinjamkan. Tidak semua merasainya.
Mati itu tidak bersyarat. Sakit tidak menjadi syaratnya. Tua pun tidak menjadi syaratnya juga. Sihat boleh mati. Muda pun tetap juga boleh menemui ajalnya. Sebabnya cuma Allah SWT yang sangat tahu. Apa pun keadaan matinya seseorang itu, memang Allah SWT sangat-sangat lebih tahu.
Jangan sia-siakan usiamu. Setiap hari kita melakar. Setiap waktu kita mencipta. Melakar dan mencipta memori. Kalau baik makanan baiklah. Kalau sebaliknya begitu jugalah hasilnya. Jika rezeki umur berterusan, maka merasailah kita setiap fasa mengharungi kehidupan. Semakin lama semakin berundur. Semakin remaja, dewasa dan menua.
Pada setiap peringkat umur itu, isilah dengan cerita yang indah dan terbaik. Memang tidak mungkin kerana bukan kehidupan kalau tidak ada turun naiknyakan. Tapi, mana yang boleh dikendali dengan baik, pilihlah landasan itu.
Seiring umur sudah tentu kenangan hasil perbuatan atau tindakkan dan langkah demi langkah juga. Jangan fikir yang dulu itu dulu. Yang sekarang itu sekarang. Memang ada kebenarannya begitu, tetapi kena ingat, peristiwa yang kita lalui sepanjang umur tidak dengan mudah untuk dilepas dan dilupakan.
Sejarah itu akan sentiasa dikenang. Disebut. Dijadikan tauladan dan sempadan. Adakah sejarah akan berulang. Boleh jadi. Cuma dengan watak dan garis waktu yang berbeza. Apa yang kita semai itu yang bakal kita tuai. Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
JANGAN SIA-SIAKAN USIAMU
Tags:
Santai
masa yg pergi x akan kembali jadi kita kena gunakannya sebaik mungkin...
BalasPadamterima kasih atas perkongsian dan ingatan ni PC
BalasPadamsejarah berulang dgn watak berbeza
BalasPadamMasa memang pastas berlalu..tup2 dah masuk 10 terakhir Ramadhan..thanks atas perkongsian
BalasPadamterima kasih atas peringatan.
BalasPadam