KELUARGA JUGA AKHIRNYA

KELUARGA JUGA AKHIRNYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SEJAUH mana kita melangkah. Setinggi mana kita pernah terbang menjelajah muka bumi ini. Sebesar apa kediaman yang kita bina. Selantang apa kita bersuara dan didengari orang. Siapa pun kita, keluarga juga akhirnya. 

Ada ramai kawan-kawan dan sahabat. Ramai yang menghargai kita.  Sentiasa bersama-sama kita. Namun tidak pernah boleh menggantikan Dan mengambil tempat keluarga. Walau kadang keluarga diletakkanlah ditempat yang bukan utama dan penting tapi hujungnya tetap keluarga. 

Andai kita jatuh ada kawan sambut, andai kita menangis ada orang yang lap air mata kita. Ada yang sediakan bahu untuk kita. Tetap sahaja tidak semua akan terus disisi kita hingga nafas terakhir juga. Mungkin ada, tapi tidak ramai. Bersyukurlah kalau kita dapat rezeki itu. 

Keluarga juga akhirnya.  Paling terutama ibu bapa. Sungguh.  Kita pun sentiasa harapkan doa daripada ibu bapa kita. Kalau kita ada masalah, tak beritahu pun ibu bapa kita boleh rasa. Keluarga, ibu bapa tempat selamat untuk anak-anak. Kerana pada pandangan mereka, sedewasa apa pun, anaknya tetap anak kecil yang polos. 

Jadi, anak-anak, adik-adik,  termasuklah diri PC sendiri ni, selagi boleh jangan terlalu besar-besarkan orang lain. Keluarga dulu walaupun hakikatnya dalam keluarga sendiri pun tidak semuanya suka atau sayang dengan kita. Tak apalah, Hargailah yang mana hargai kita. 

Tinta Perdu Cinta 
KELUARGA JUGA AKHIRNYA

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kan betul sgt keluarga mcmanapun tetap akan ada
    kwn baikk sebaik mana pun akan mencari keluarganya jga

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama