LARI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Assalammualaikum wbt
Ke mana
Ke mana mahu dihayun sepasang kaki itu
Sekuat tenaga
Sehabis kudrat yang ada tersisa
Lari
Pertama kali
Atau
Sudah berkali-kali cuba lari dan lepas lari
Lari
Daripada apa
Atau
Mahunya ke mana
Perlu jelas sejelas-jelasnya
Agar tidak tersasar arah
Lari daripada masalah
Lari daripada tugas dan tanggungjawab
Lari kerana malas taat
Banyak lagi hingga seperti pelarian
Hingga menjadi kekusutan
Terentap ketenangan
Terkubur semangat
Muncul rasa-rasa beracun
Lari
Larilah daripada apapun itu
Cuma sekadar itu
Itu - itu sahaja
Percayalah
Lari mampu mengembalikan diri yang baharu
Jangan salah juga
Lari itu pun bererti melepaskan sementara
Atau
Selamanya
Larilah sekencangnya merapat Tuhan
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Lari
Tags:
Santai
dah xboleh nak lari hadap saja n tawakal
BalasPadamSejauh mana dapat kita berlari?
BalasPadamAsal jangan lari dari tanggungjawab!
BalasPadam