LEBIH DAHAGA BERBANDING LAPAR | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SYUKUR masih Tuhan izin kita semua menjalani ibadah puasa. Dapat berpuasa pun salah satu nikmat daripada Allah SWT. Hari ini alhamdulillah dah masuk hari kedua umat Islam berpuasa.
Hari demi hari. Sebulan melaksanakan rukun Islam ketiga dengan rasa syukur tidak semua mampu melakukan. Berpuasa ni menjadi nikmat bagi sebahagian orang. Tapi menjadi cabaran juga bagi segelintir yang lain juga. Niat ibadah puasa sama setiap kita. Perhari atau sebulan terus berniat puasa. Tetapi TUJUAN berpuasanya setiap kita mungkin tak sama.
GAMBAR HIASAN - KREDIT |
Tidak mustahil nikmat berpuasa yang dirasai pun tentu sahaja berlainan. Ada orang puasa rasa bahagia dan gembira sangat-sangat. Sebab akan datang belum tentu lagi ada rezeki berpuasa dibulan Ramadan. Ada orang berpuasa dalam keadaan tertekan, terpaksa dan sedih. Tak puasa kena qada. Tak puasa malu dengan orang. Tak puasa risau kena kecam. Hihihi.
Lapar boleh tahan. Biasa tewas pada rasa dahaga. Mungkin kalau anak kecil tak tahan berpuasa kerana lapar ya, dahaga pun ya. Tapi orang dewasa lazimnya tewas dengan rasa dahaga. Waktu berbuka puasa yang dicari dulu adalah air minuman. Selain kurma sebagai sunnah. Tapi air yang paling dicari-cari.
LEBIH DAHAGA BERBANDING LAPAR. Menjadi salah satu cabaran bagi yang berpuasa. Sebenarnya tidak cuma ketika berpuasa dibulan Ramadan, malahan kalau puasa sunat atau qada sekalipun cabaran tetap sama. Rasa dahaga. Apatah lagi cuaca panas terik.
Tinta Perdu Cinta ❤
LEBIH DAHAGA BERBANDING LAPAR
Tags:
Santai
Betul2.. Haus mengatasi kelaparan.. Kadang tu hampir nak terminum gara2 terlampau haus sgt haha
BalasPadamKan itu yang mungkin buat kalah menempuh Ramadan.
PadamBetul tu...lebih dahaga berbanding lapar...macam ni leh kurus la kan sebab kurang makan..hehehe
BalasPadamBetul tu kak.. membantu jugakan.
Padambetul tu. tapi saya selalu muhasabah diri, fikirkan orang yang kerja berat di bawah panas matahari. apa sangatlah rasa dahaga saya nak dibanding. huhu
BalasPadam