MENABUNG

MENABUNG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SERONOK cerita pasal menabung. Penting sangat ke menabung. Penting sebenarnya. Walau mungkin tidak penting bagi segelintir individu. Tak kisahlah, pilihan masing-masing.  Setiap orang ada perancangan yang tidak sama. Juga cara yang mengikut selesa masing-masing pastinya. Kalau kita tahu ada orang tak menabung jangan pergi marah dia pulak. Kita tak tahu apa-apa masalah dia. 

Bila sebut tabung. Menabung. Nah, mesti menabung duit. Sebenarnya tanpa sedar kita ada banyak tabungan yang tidak terlihat. Ada yang sangat-sangat sedar akan hal ini sehingga dirinya sentiasa berusaha menjadi manusia yang sehabis baik. 

MENABUNG

Selain menabung duit ada tabung apa lagi. Kita sedang menabung apa sebenarnya ya. Jomlah tengok satu persatu ya. Let's read. Cewahhh.

TABUNG PAHALA dan TABUNG DOSA. Setiap hari ada tabungan yang bertambah dan ada juga yang berkurangan. Cuma tak tahulah mana yang lebih dan mana yang kurang. Paling takut tak ada apa-apa bila di akhirat kelak. Macam mana nak cari bantuan. Risau juga. 

TABUNG PENGALAMAN. Setiap kita ada pengalaman masing-masing. Pelbagai pengalaman yang dilalui dan diperolehi sepanjang usia dikumpul. Satu persatu. Sedikit demi sedikit dan sudah tentu bukan cuma pengalaman sendiri, pengalaman orang lain pun menjadi tabungan kita. Sama-sama pelajari dan jadikan pedoman. 

TABUNG CERITA. Cerita kita. Cerita orang. Akan menjadi tabungan juga. Sebab biasanya betul atau tidak itu yang kurang diutamakan bila memberi atau menerima cerita. Lebih-lebih lagi kalau cerita tu syok semacam. Apatah lagi kalau ada tokok tambah pada ceritanya. Amacam. Mantap tak. Memang mantap. Tapi jangan sampai cerita yang ditabung ada isi fitnah. 

TABUNG MEMORI. Otak kita, hati kita mudah merakam. Jangan kata anak kecil, orang dewasa pun. Jadi jangan pelik kalau ada yang berdendam. Jangan marah kalau banyak hal diungkit atau disebut banyak kali. Bukan cuma Manusia, haiwan pun ada tabung memorinya juga. Kalau mungkin tidak semua terakam dan ditabung pada akal dan hati, setiap gambar yang diambil, catatan-catatan yang dicoret tetap menjadi tabung memori. 

Kesimpulannya, sepanjang hidup ini, menabung tidak semata-mata menabung duit. 

Tinta Perdu Cinta ❤
Menabung 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Perbanyakkan tabungan kita dengan perkara2 yang bermanfaat

    BalasPadam
  2. jom top up tabungan pahala banyak-banyak bulan puasa ni. tabung cerita dan tabung memori tu suka betul dengan benda tak penting. benda yang kita nak ingat dia tak 'masuk' pulak

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama