MENCARI DAN MENDAPAT INSPIRASI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ADA banyak sangat-sangat. Di sekeliling kita ni ada banyak baik itu individu atau sesama manusia dan makhluk juga yang boleh kita dapat daripadanya inspirasi. Sengaja atau tidak sengaja. Boleh berlaku kedua-duanya. Boleh jadikan inspirasi.
Mencari dan mendapat inspirasi. Sebelum pergi lebih jauh, jadikan dulu Nabi Muhammad saw sebagai inspirasi. Layak segenap sudut. Pelbagai hal dan bab. Lagi satu ibu bapa kita sendiri. Mereka yang melahirkan, mengasuh dan menafkahi waktu kecilnya kita mengapa tidak dijadikan sumber inspirasi.
Bukan tidak boleh terus kepada yang lain hingga tahap kemaruk bagai, terserahlah tapi sebelum mencari untuk mendapatkan inspirasi, kalau boleh jangan melulu juga. Asal boleh. Ikut suka. Bahaya juga kalau tak bertapis. Terjebak itu yang susah.
Kita boleh dapat inspirasi daripada orang lain. Orang pula boleh dapat inspirasi daripada kita. Persamaannya masing-masing semua dapat inspirasi daripada Allah SWT. Cara yang berbeza. Sebab tidak sama. Waktu berlainan.
Cari sumber inspirasi yang betul supaya dapat inspirasi yang tepat. Zaman sekarang sangat mudah terpedaya dan sangat mudah juga memperdaya. Siapa yang kita idolakan. Inspirasi apa yang diperolehi daripada seseorang yang kita sedang perhati, kenali dan kaji.
Mengagumi ada hadnya. Menyayangi ada batasannya. Mencontohi ada skalanya. Buat pertimbangan sebaik-baiknya.
Tinta Perdu Cinta ❤
MENCARI DAN MENDAPAT INSPIRASI
Tags:
Santai