MENCUKUPKAN HINGGA MENCUKUPI

MENCUKUPKAN HINGGA MENCUKUPI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SYUKUR atas segala nikmat. Sedikit.  Banyak.  Besar.  Kecil.  Kebahagiaan dan gembira. Kesedihan dan dugaan. Semua bersilih ganti. Semua ada sebab tersendiri Allah izin terjadi. Terima kasih Allah izin PC berkongsi artikel diblog ini lagi. Cuma usaha. Selebihnya biar Allah susun semuanya. Aamiin. 

Allah selalu akan MENCUKUPKAN. Sehinggalah kita rasa MENCUKUPI dengan rasa syukur, sederhana dan berasa betul-betul nikmatnya.  Kalau berasa MENCUKUPKAN itu atas alasan ibu bapa,  suami isteri,  atau apa sahaja jawatan disandang kemudian melunas tugas juga tanggungjawab maka mencukupkan, mungkin ya tetapi tidak sepenuhnya juga. PC yakin yang selalu mencukupkan adalah Allah. 

MENCUKUPKAN HINGGA MENCUKUPI

Ramai yang bekerja bersungguh-sungguh, siang malam pagi petang. Buat lebih daripada satu kerja. Bagus.  Usaha tidak salah. Jawapan bila ditanya, jawapannya kerana tidak cukup. Ada juga kerjanya biasa sahaja, normal seperti sewajarnya namun sentiasa cukup dan terkadang lebih. Usaha keras itu perlu tapi sekalikan dengan niat dan hati. Ada yang kerja gila-gila dan hasilnya pun gila-gila. Tapi tidak kurang sebaliknya, kerja menggila hasil buat jadi tertekan. Bukan bertambah tapi semakin berkurang. 

Percayalah, Allah akan mencukupkan hingga mencukupi untuk kita. Kalau rajin bersyukur akan berganda rasa cukup itu. Jadi kalau ada yang berfikir serba serbi lengkap, cukup, Sempurna kerana kerja keras tidak salah tapi ianya hanya berapa peratus sahaja. Peratus paling besar adalah campurtangan daripada-NYA tidak lain tidak bukan. 

Menjaga semua urusan itu DIA. Manusia menjadi asbab dan perantara mengurus dengan kemampuan dan kemahiran masing-masing sahaja. Tiada daya hamba tanpaNya. 

Tinta Perdu Cinta ❤
MENCUKUPKAN HINGGA MENCUKUPI

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. kalau kita selalu bersyukur dan banyak bersedekah, Insha Allah, Dia bagi banyak lagi

    BalasPadam
  2. Allah akan memberi kecukupan kepada mereka yang selalu bersyukur.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama