SALAH MERCUN KE SALAH ORANG YANG MAIN MERCUN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. TAHUN-TAHUN mencengkam adalah ketika COVID-19 aktif di negara kita. Sangat aktif. Di mana-mana. Ke mana-mana tidak lagi diperbolehkan. Perintah kawalan pergerakan. Perintah kawalan pergerakan diperketatkan. Perintah kawalan pergerakan bersyarat. Sayu, pilu, betul-betul berada dalam situasi yang membimbangkan.
Bimbang, sedih, kecewa, marah semuanya ada menjadi satu. Lebih sedih dan sangat-sangat tertekan bila nikmat Ramadan dan Syawal diambil Selama lebih kurang dua tahun.. Allahu. Tekanan hidup sangat tinggi. Kemurungan terjadi. Manusia menjadi lebih sensitif. Mudah marah dan mudah bertindak melulu berlebihan.
Sehinggalah vaksin dimestikan untuk diterima oleh rakyat. Dos pertama. Dos kedua. Dos penggalak. Dos penggalak dua yang khas untuk warga emas tapi tidak diwajibkan. Tiada lagi PKP. Alhamdulillah. Namun begitu kes masih tetap ada. Yang positive dijangkiti COVID-19 sentiasa ada dan kesan yang dirasai berbeza-beza.
Bila dah lama tak dapat sambut Ramadhan dengan penuh rasa gembira termasuklah Syawal, Tahun ini 2022 semua kembali dirasai. Paling yang ketara, semakin ramai perantara jamaah hadir ke surau dan masjid. Saf tidak lagi menjadi isu. Tapi isu mercun pula yang timbul. Alamakkkk. SALAH MERCUN KE SALAH ORANG YANG MAIN MERCUN.
Bila PC telefon kampung, mama cakap tahun ni lain macam. Lebih lain auranya daripada Tahun sebelum COVID-19 juga. Jiran depan dan kanan kiri main mercun.. Jadi mama Babah cuma tumpang dengar jelah. Hahaha.. Dapat la rasa rumah bergegar mama cakap. Fuhhh. Hari pertama puasa pun dah meriah.
Itu di kampung. Di taman tempat tinggal PC ni pun sama juga. Lagilah bergema, bergegar dan segala berrrr. Ada yang selesa, ada yang tidak selesa. Mana boleh terima, diam je. Mana yang rasa terganggu berbunyi jugalah masing-masing.
Kalau ditanya salah mercun ke salah orang yang main mercun.. Mudah sangat-sangat jawapannya. Siapa cipta mercun. Siapa yang jual dan beli mercun. Siapa yang main mercun. Siapa?. Kalau biasa-biasa dan sekadar yang ringan-ringan sahaja tidak menjadi masalah besar juga. Mainlah bunga api. Mercun pop pop tu ha. Agak-agak dengar kuat pada telinga sendirikan. Kadang bukan sahaja bunyinya kuat, berterusan sampai menganggu haruslah kena sound berdas-das.
Teruja jangan sampai menganggu. Suka jangan sampai berhujung duka dan merana.
Tinta Perdu Cinta ❤
SALAH MERCUN KE SALAH ORANG YANG MAIN MERCUN
Tags:
Santai