SALAM RAMADAN 1443H | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SUBHANALLAH. Syukur sangat-sangat atas setiap nikmat dan izin NYA. Ramadan kita temui lagi. Masih diberi rezeki menikmati indahnya Ramadan. Terima kasih Ya Allah. Sangat-sangat. Rejab. Syaaban. Ramadan. MasyaAllah.
Madrasah Ramadan pun bermula kembali. Akan ada banyak pelajaran dan ilmu serta pengalaman yang baharu boleh kita semua kutip untuk praktikkan. Rukun Islam ketiga kita jayakan sebaik-baiknya. Sepaling mampu dan terpaling baik. hargai dan isi dengan sebaik-baik pengisian sebab tak semua orang dapat rezeki bertemu Ramadan lagi tahun ini.
Setiap kali masuk sahaja hari pertama Ramadan PC berdoa supaya dapat lagi jumpa Ramadan tahun hadapan. Padahal baharulah hari pertama puasa. Adoiii laa. kemaruk tak tentu hala ni. Sebab dulu masa kecik-kecik, bila puasa, masa sahur dan berbuka lepas baca niat puasa dan baca doa makan nak berbuka selalu dengan mama dengan babah cakap ' semoga jumpa dan dapat puasa lagi tahun depan'. Tu yang lekat sampai sekarang. Kata-kata tu kan doa. Gitu.
Bulan ibadah kena kencang. Bulan para peniaga kencang juga mencari rezeki. Tak kiralah dah lama berniga, baharu pertama kali dan mula berniaga, bulan Ramadan ni memang selalu tak menang tangan. Gandakan ibadah. Gandakan sedekah.
Tapi ingat
Tetap sahaja mesti waspada dengan situasi sekarang juga. Kita sendiri masing-masing kena beringat. Memang bosan bila asyik diingatkan. Selalu disuakan dengan hal dan peringatan yang sama. Tu yang kadang mantul je. Masuk kanan keluar kiri. Langgar semacam. Abaikan ikut suka. Kalau dalam dunia ni kita hidup sendiri tak pe la kot. Tapi kita sentiasa hidup berdampingan dan setiap hari akan berurusan di mana-mana dan akan ke mana-mana. Sebab itulah kita semua kena jaga diri masing-masing.
Semoga Ramadan ini menjadi acuan baharu yang membentuk kita menjadi hamba NYA yang lebih sederhana dalam kehidupan, selalu berasa cukup dengan nikmat yang dipinjamkan dan sabar mengubah diri menjadi lebih baik. Selamat berpuasa semua sahabat blogger. Maaf zahir batin.
Tinta Perdu Cinta ❤
SALAM RAMADAN 1443H 2022
Tags:
Santai
Salam Ramadan Kak PC. Selamat berpuasa
BalasPadamSALAM RAMADAN PC PUASA JIWA RAGA
BalasPadamSalam.ramadan
BalasPadamsemoga ramadhan paling bermakna kali ini
Selamay menunaikan ibadah puasa kak pc :)
BalasPadamSalam ramadan
BalasPadamselamat menjalani ibadah puasa dan ibadah yang lain2nya