SEKOLAHKAN HATI DAN AKAL | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. INI masa yang boleh digunakan untuk sekolahkan hati dan akal kita. PC juga sangatlah tidak terkecuali. Dibulan Ramadan. Bila tidak makan dan minum sehingga waktu berbuka puasa tentu sahaja ada masanya nafsu tumpul seketika walau nanti mungkin hujungnya bersemangat semula.
Bagi PC dibulan Ramadan waktu yang baik untuk sekolahkan akal dan hati kita. Bukan hari lain tidak boleh atau tidak beri kesan yang baik. Boleh je sebab ianya proses seumur hidup perbaiki diri. Tapi dibulan Ramadan ni lain. Bulan mewah keberkatan. Bulan Al Quran. Bulan di mana segenap kebaikkan yang dilakukan berganda ganjarannya.
Sesuai nak sekolahkan akal agar belajar tidak fikir hal yang tidak-tidak. Selalu berfikir baik dan memberi pendapat atau idea yang murni-murni. Termasuklah sekolahkan hati. Belajar mengawal. Kalau mulut dah boleh dikawal, Teruskan kawal hati pula.
Memang tiga puluh hari tidak mencukupi. Tapi sekurang-kurangnya acuannya sudah ada. Bagaimana bentuknya nanti boleh digunakan juga in sya Allah. Pengalaman telah dirasai. Setiap Ramadan, cuma setakat mana sudah sekolahkan hati dan akal.
Kalau sukar diwaktu lain untuk latih akal dan hati menjadi lebih baik. Sekarang waktunya. Ambil kesempatan ini. Kemudian teruskan dan tambah baik setiap hari.
Tinta Perdu Cinta ❤
SEKOLAHKAN HATI DAN AKAL
Tags:
Santai
selamat berpuasa PC, moga puasa tahun ni kita lebih baik dari yang sebelumnya
BalasPadamSelamat berpuasa
BalasPadambulan untuk mendidik diri. sentiasa berdoa agar istiqamah
BalasPadamSemoga Ramadan ni memberi kebahagiaan kepada kita semua
BalasPadam