SEMAKIN MARAK SEMANGAT

SEMAKIN MARAK SEMANGAT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. RAMADAN selalu dirindui. Bulan turunnya ayat Al Quran. Bulan penuh keberkatan. Bulan tidur pun boleh jadi pahala. Tapi kalau asyik tidur pun tak comel juga. OK. Sepanjang Ramadan, buatlah amal kebaikkan, ganjaran berganda. 

Paling dinanti dan mesti diusahakan adalah malam ganjil pada sepuluh malam terakhirnya. Macam sekarang nilah. Kita sahaja berada disepuluh malam terakhir Ramadan untuk tahun inikan. Malam ganjil disepuluh malam terakhir. 

Malam Lailatulqadar. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Tidak mudah untuk kekalkan momentum ibadah dihujung-hujung Ramadan. Serius. Benarlah syurga itu mahal. Benarlah dalam nikmat ada ujian. 

SEMAKIN MARAK SEMANGAT

Hujung Ramadan adalah dua pertemukan antara mencari Lailatulqadar dengan melayang-layang rasa ghairah untuk menyambut kehadiran Syawal. Kuat menang. Lemah hanyut. Serius. 

Semakin semarak semangat.  Semua mahukan kemanisan Ramadan. Semua nak penuhi dan isi sebaik-baiknya sepuluh malam terakhir ini. Selagi Allah beri nikmat usia yang sementara ini mesti sesiapa pun nak buat yang terbaik dalam beribadah. Semakin tinggi pokok semakin kuat angin perlu ditempuhi. Semakin bulat iktikad semakin itu ujian datang, untuk menguji. Lawan.

Tinta Perdu Cinta ❤
SEMAKIN MARAK SEMANGAT 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betui tu kak, makin hujung makin terasa malas berbanding awal-awal dulu. hari ni maybe last day Ramadan tahun ni. harap masih sempat buat amalan sebaiknuya

    BalasPadam
  2. Lebihkan amalan kebaikan di bulan puasa. Semoga segala amalan kita diterima dan diberkati Allah. Aamiin...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama