TERASA SANGAT CEPAT BERLALU
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Assalammualaikum wbt
Waktu
Dirasakan semakin cepat berlalu
Atau mungkin manusia yang lalai selalu
Salah satu tanda
Salah satu isyarat
Alam semakin menghampiri kehancuran
Kiamat kian mendekat
Merapat sangat-sangat
Seolah semalam dikhabarkan kelahiran
Hari ini sampai sudah undangan perkahwinan
Seolah kelmarin baharu didirikan
Rupanya sudah puluh tahun usia kediaman
Rasa seperti baharu semalam
Rasa seolah-olah baharu tadi
Rasa macam baharu sahaja
Semua bagai sekelip mata
Seperti balikkan telapak tangan
Cepat
Sangat pantas
Kita rasakan
Kita alami
Sekadar perasaan atau hakikat
Cuma sekali sekala
Atau memang susah kebiasaan
Sekarang bukan masanya
Buang-buang waktu
Sia-siakan masa yang ada
Kecuali inginkan kerugian
Mahu ketinggalan dan ditinggalkan
Jika ada rasa cepatnya waktu berlalu
Harus lebih cepat mencari dan merapat
Ke Tuhan
Mesti lebih laju buang dan meninggalkan
Lagha dan maksiat
Usia kian meningkat
Ajal juga kian mendekat
Tinta Perdu Cinta ❤
TERASA SANGAT CEPAT BERLALU
Tags:
Santai