TUMBUK ANGIN

TUMBUK ANGIN |  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. TUMBUK angin?. Kalau tayar kempis tu kurang angin. Kentut atau sendawa keluar angin. Marah naik angin. Ada ke tumbuk angin. Tumbuk angin ni perumpamaan. Ibarat sahaja.  Tapi sebelum itu, syukur kerana Allah masih izin PC berkongsi sesuatu diblog ini. 

Jom sambung. Tumbuk angin. Tumbuk angin ni letih. Lama-lama boleh jadi tekanan. Bila sedar owh rupanya bukan sesuatu yang mudah. Tumbuk sungguh-sungguh tapi tiada tindak balas. Rasa angin tapi kita tak nampak. Semakin kuat tumbuk semakin banyak tenaga digunakan. Semakin letih fizikal,  mental dan emosi. 

TUMBUK ANGIN

Bila kita cakap ulang-ulang tapi orang tak dengar, tak ambil kisah pun, mesti rasa letih. Letih yang buat seluruh tubuh terheret lesu. Itu belum lagi rasa geram nak marah je. Cakap biasa tak dengar apatah lagi bagi nasihat betul-betul.. Ermmmmmm.  Makin dimarah eh makin jadi. Inilah yang PC maksudkan tumbuk angin. Yang diajak bercakap masuk angin keluar asap. 

Sekali dengan kita berapi dan berasap. Dua kerja dalam satu masa. Sabarkan diri sendiri dan teruskan tumbuk angin. Agak-agak tak tahan tumbuk pokok pisang pula. Nampak tak apa yang PC cuba sampaikan. Sebab ada segelintir manusia selalu buat kita macam tumbuk angin. Individu disekeliling kita ini ada macam-macam jenis perangainya. 

Perangai yang menyakitkan hati itulah yang macam senang nak dilakukan. Anehkah tapi benar dan terjadi juga.  Ada yang tahu dia sedang salurkan hati orang tapi tetap sahaja terus lakukan. Ada juga yang memang tidak tahu dan tidak sengaja yang perbuatannya itu buat orang tumbuk angin. 

Tinta Perdu Cinta ❤
Tumbuk angin 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. kita mampu tumbuk belacan aje la ye PC hehehe

    BalasPadam
  2. TUMBUK ANGIN XPA PC JGN ANGIN MEDU DLM PERUT LAGI SEKSA

    BalasPadam
  3. bak kata orang kat tiktok, nak marah.....tapi, kena sabar....

    BalasPadam
  4. baru tahu peribahasa ni. terima kasih berkongsi

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama