AWAL MEI PENGHUJUNG RAMADAN

AWAL MEI PENGHUJUNG RAMADAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SYUKUR. Melangkah kita di bulan kelima tahun 2022. MasyaAllah. Mei dah. Hari ini 1 Mei bererti hari ini hari pekerja. Oleh kerana 1 Mei jatuh pada hari Ahad bererti cuti akan di bawa ke esok pula. Alhamdulillah. Sambung la cuti semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Tapikan.. yang sangat-sangat dinantikan adalah sambung lagi ke Hari Raya Aidil Fitri kan.. kan.. kan. Tapi ni tak ada negeri yang terkecuali. Mungkin sekarang ni dah ramai yang berada di kampung halaman masing-masingkan. SubhanaAllah.

AWAL MEI PENGHUJUNG RAMADAN

Awal Mei penghujung Ramadan. Pantas masa berlalu. Melangkah ke bulan Mei bererti kita semua sudah berada dihujung-hujung Ramadan untuk tahun ini. Allahu. Rasa macam baharu semalam dengar pengumuman berpuasa, sehari dua lagi umat Islam akan sambut Aidil Fitri pula. Gabungan dua rasa. Sedih dan gembira. Sedih kerana entah masih ada rezeki lagi atau tidak jumpa Ramadan seterusnya. Gembira sebab tahun ini ada rezeki dapat beraya di kampung. Allahu.

Aura Ramadan yang berbaki semoga yang baik-baik terus mendekati kita semua. Kembali menyambung aktiviti seperti biasa walaupun sebenarnya tidak ada perubahan ketara pun ketika di bulan puasa atau tidak di bulan puasa. Cuma tahun ini awal April adalah awal Ramadan kemudian awal Mei adalah penutup Ramadan, semuanya sangat canti Allah susun untuk kita semua.

Minggu pertama Mei ada dua rasa dan dua peristiwa. Bakal tamad madrasah Ramadan dan bakal menjelma bulan Syawal. begitulah rutin yang akan sentiasa bersilih ganti. Akan ada yang datang dan pergi. Tiada yang kekal di alam ini. Semuanya ada kitaran masing-masing-masing. Selagi masih ada alam ini, selagi itulah ianya akan berterusan pada kedudukan atau paksi masing-masing.

Tinta Perdu Cinta ❤
AWAL MEI PENGHUJUNG RAMADAN

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Semoga dapat berjumpa lagi Ramadan akan datang. Mana yang baik teruskan istiqomah. InshaAllah...
    Aura Raya semakin dekat. Masing masing tak sabar nak sambut raya pulak.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah semoga Ramadan kita kali ni lebih baik dari sebelumnya kan. Tak sangka cepat betul berlalu

    Follow here #868

    BalasPadam
  3. masa berlalu begitu pantas. yang sempat balik kampung tu untunglah. ramai juga tahun ni malam raya atas jalan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama