BILA BERAT BADAN NAIK BUKAN SALAH MENU RAYA

BILA BERAT BADAN NAIK BUKAN SALAH MENU RAYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. RAYA tak raya kita tetap makan.  Minum. Cuma biasanya hari raya ni lain macam sikit menu sini sana dan di rumah sendiri pun menunya lain macam sikit apatah lagi kalau ada tetamu datang. Nahhh itu dia.

Raya tetap tak boleh lari daripada menu yang berlemak. Bermanis-manisan. Huhh gitu. Bila dah jemu baharulah otak ligat berkembang atau lebih tepat dipaksa berkembang fikir nak masak apa jauh daripada gelombang lemak dan manis-manis. Mula la asyik tanya nak masak apa..  nak masak apa. Aduh. 

Bila berat badan naik bukan salah menu raya.  Bagi PC, tak raya pun berat badan boleh naik. Tapi PC tak menafikan bila raya berat badan boleh bertambah kilogramnya. Tapi semua berbalik pada diri sendiri juga. Tahan tak nak tutup mama je acah-acah tak nampak menu yang lazat tu. Boleh tak tolak kuih muih dan menu berkenan bersantan yang kadang tak raya susah nak jumpa. 

BILA BERAT BADAN NAIK BUKAN SALAH MENU RAYA
GAMBAR HIASAN - KREDIT

Jujurnya, kadang makanan tu ringkas je tapi jadi lebih nikmat dan berselera sebab makan beramai-ramai. Air tangan make bapak di kampung. Masak sama-sama beramai-ramai. Kalau boleh kawal diri dan maknanya beringat, in sya Allah isu berat badan tak timbul. 

Makan lebih, aktiviti lebih. Itu indahnya di kampung beraya. Dah makan lebih, pergi sental bilik air dengan tandas.  Tak pun menyangkul ke. Hahaha. Jadi tak ketaralah gebu gebas tu ha. Balik kampung pakai baju kurung, silap-silap balik rumah masing-masing pakai kebaya saloma. Orang lain mungkin boleh tapi PC macam tak boleh je. 

Berat badan naik mungkin ketika Hari Raya mungkin ya..  Tapi tidak sepenuhnya kerana hari raya. Kadang waktu raya makan tak banyak mana pun tapi tetap sahaja berat tidak turun, jadi kenapa Siasat dan semak semula rutin aktiviti dan apa yang kita suap ke mulut. 

Tinta Perdu Cinta ❤ 
BILA BERAT BADAN NAIK BUKAN SALAH MENU RAYA

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Menu raya sedap sangat. bukan salah menu tapi salah nafsu sendiri . hihi

    BalasPadam
  2. Setuju sangat, dah makan lebih kena beraktiviti lebih. Juju pun naik 2 kilo lepas raya hahahaha tapi xleh nak turunkan berat lagi sebab tgh preggy... cuma nak buat senaman ringan je...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama