CABARAN PUASA DIBULAN SYAWAL

CABARAN PUASA DIBULAN SYAWAL | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. PUASA enam. Puasa qada. Ada yang pilih puasa enam dulu.  Ada yang pilih puasa qada dahulu. Puasa enam sunat. Puasa qada wajib.  
Ada banyak pendapat para ulamak juga sebenarnya. Kalau dua Syawal dah mula qada puasa kemudian baharu puasa enam pun in sya Allah sempat dan boleh dapat dua-duanya juga. Aamiin. 

Kalau dah biasa puasa sunat selain dibulan Syawal mungkin biasa-biasa sahaja. Cuma biasanya kalau berpuasa qada dibulan Syawal auranya lain macam, lagilah kalau semua masih berkumpul di kampung.  Apatah lagi sekarang masing-masing lebih suka melepek di rumah je. Kalau dulu masing-masing ada je la nak ke mana-mana. 

Jarang jumpa dan berkumpul bermakna selera makan lain macam. Sorang nak makan itu. Sorang lagi muncul nak makan ni. Dugaan..  dugaan. Lagi kalau ada yang suka gurau minta kena sekeh kepalanya. Gurau tayang menu. Hahaha. Apalah. Takkan la tergoda. Paling tak pun pahala puasa kurang sikitlah. Gitu. 

CABARAN PUASA DIBULAN SYAWAL
GAMBAR HIASAN

Lagi satu bila ada tetamu datang.  Duduk sama-sama layan sembang.  Sembang punya sembang, tetamu pun pelawa,  "segan saya nak makan kuih nak minum, marilah makan sama-sama..". Eh tangan pun ringan je ambil kuih dalam cepu. Ngap tanpa rasa bersalah. Lupa puasa. Hahaha. Parah. Bayangkan kalau tiga hari berturut-turut. Yang Allah. 

Ada orang kental. Dugaan dihadapi dengan semangat dan tenang. Ada orang mudah goyang. Lain orang mampunya tidak sama. Jadi, kita kenal diri kita. Orang yang dekat dan rapat dengan kita pun tahu sikit-sikit tentang kita. Syawal ini rezeki untuk kita. Tahun akan datang ada Syawal tapi kita belum tentu ada lagi. Hargai dan isi dengan sebaik-baiknya pengisian ya.

Tinta Perdu Cinta ❤
CABARAN PUASA DIBULAN SYAWAL

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Saya puasa sunat time hari bekerja.

    BalasPadam
  2. Kak Sue bila balik rumah sendiri baru ganti puasa dengan puasa enam, kecuali tak sempat.. pernah lah balik rumah mertua habiskan puasa kat sana. Masa dah suntuk masa tu.. hehehe..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama