FIKIR BAIK ANGGAP TIDAK BERKESEMPATAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. TETAMU yang datang ke rumah kita itu rezeki dan membawa rezeki. Ada orang suka orang datang ke rumahnya. Sesekali ok, kerap pun ok. Ada orang sebaliknya tidak berapa suka orang datang ke rumahnya. Mungkin sesekali ok. Tapi selalu itu macam merimaskan baginya. Macam biasalah, lain orang ada pandangan yang berlainan juga.
Bagi PC sebagai tetamu pun kena pintar sesuaikan diri dan keadaan semasa. Sebagai tetamu biasanya kita boleh tengok reaksi tuan rumah. Itu pun kalau jenis faham dan mahu memahamilah. Kalau tidak, tidak juga.
GAMBAR SEKADAR HIASAN - KREDIT |
Bagi orang yang suka ada orang datang berziarah ke rumahnya, dia akan selalu ternanti-nanti kehadiran orang lain. Kecewa bila dia tahu orang pergi rumah orang lain tapi kenapa tak singgah rumah dia.
Mudahnya. Fikir baik anggap tidak berkesempatan. Ibaratnya, macam awak dihidangkan dengan banyak pilihan menu depan mata. Awak akan ambil mana yang nak dimakan. Selain itu bukan tak suka cuma mungkin lain kali. Bukan mudah nak bersangka baik kepada orang lain. Rasa curiga itu selalu ada. Prasangka sering muncul.
Paling penting ikhlas. Ikhlas yang terima tetamu. Tetamu yang datang pun ikhlas ziarah.
Tinta Perdu Cinta ❤
FIKIR BAIK ANGGAP TIDAK BERKESEMPATAN
Tags:
Santai