JAGA DIRI MASING-MASING | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SEMANGAT hari raya tentu sahaja masih ada. Sebab PC pun begitu kerana dua tahun lepas disaat COVID19 sedang mengganas dan sangat aktif di mana-mana semua berada dalam situasi tertekan. Puasa dan raya tidak dapat ke mana-mana. Jadi tahun ini sangat-sangat bersyukur sebab boleh merentas negeri. Boleh balik beraya. Syukur sangat-sangat.
Dua suntikan awal ditambah dengan dos penggalak berjumlah tiga suntikan setakat ini PC tetap berasa kita masih lagi tidak boleh bebas ke mana-mana. Memang betul kesan tidak seteruk tanpa ambil suntikan vaksin, tetapi daya tahan tubuh setiap kita tidak sama.
Jadi, jaga diri masing-masing. Jagalah diri sebaik-baiknya, usaha. Bila dah jaga diri, dah buat seperti diarahkan dan sebagainya, kalau nak berlaku juga, semua luar daripada kemampuan kita untuk menegah. Awak dah elak, awak tetap kena itu bukan salah awak. Allah SWT nak uji.
Tapi kalau awak tak usaha. Tak Jaga diri masing-masing, berlaku, ianya akan memberikan rasa bersalah dan penyesalan yang luar biasa. Ingat, penerimaan badan setiap orang tak sama. Kalau kesan pada setiap suntikkan Vaksin Covid19 pada setiap kita berbeza, macam tu jugalah sekiranya dijangkiti COVID-19.
Lebih-lebih lagi bagi sesiapa yang sudah memiliki pelbagai jenis penyakit dan telah memiliki sejarah masalah kesihatan. Lagi la kena jaga diri. Makan ubat mengikut waktu dan tepat masa.
Tinta Perdu Cinta ❤
JAGA DIRI MASING-MASING
Tags:
Santai
JAGA DIRI BERHATI-HATI
BalasPadamBetul tu. Selain covid, banyak juga penyakit lain aktif sekarang ni mcm HFMD tu. Semoga kita semua dilindungi
BalasPadamMasih perlu berhati2
BalasPadam