KEMBALI SEPI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. MEMANG ini yang sering terjadi. Tak mampu dielak. Hujung Ramadan meriah sampailah lebih kurang seminggu Syawal, kemudian sedikit demi sedikit keriuhan berkurang sebab masing-masing dah mula balik ke rumah masing-masing. Kembali bekerja.
Rumah-rumah di kampung kembali sepi, jalan raya rancak dengan lalu lintas yang bertali arus. Fuyoooo. Bukan suatu yang pelik kerana sejak tidak ada lagi perintah kawalan pergerakan, semua bebas juga ke mana-mana sahajakan. Apatah lagi masih suasana raya. Segenap kesempatan digunakan semaksimumnya.
Sepi bertukar dan berpindah. Awal Syawal taman perumahan, di bandar-bandar dan sebahagian besar kawasan sepi kerana penghuninya balik kampung atau mungkin pergi bercuti. Maka meriah la di kampung. Tapi bila semua dah balik, haaaa kampung sepi semula.
Meriah besar-besaran salah satunya adalah ketika perayaan. Nak lebih meriah masa ni buat la apa-apa majlis. Aqiqah ke. Walimatulurus ke. Berkhatan ke. Bertunang ke. Haaaa berganda la meriahnya. Tapi awas kerana sekarang kita hidup berdampingan. COVID-19.
Ada baiknya kembali sepi. Kebaikkan untuk ibu ayah kita juga. Sebenarnya begitu.
Tinta Perdu Cinta ❤
KEMBALI SEPI
Tags:
Santai
kdg2 sepi itu indah...
BalasPadamterkadang sepi itu indah... dok gitu?
BalasPadamW'salam PC. Akak setuju, rumah mak akak sendiri kembali sunyi sepi..
BalasPadamWak pun dah tinggal berdua aje
BalasPadamAnak2 cucu dah kembali ke sarang masing2