PANDEMIK KE ENDEMIK

PANDEMIK KE ENDEMIK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BAHASA mudahnya sentiasa ada dipersekitaran kita semua. Beradabtasi dengan virus. Mahu tidak mahu begitulah. Mulai satu April yang lepas kalau tak silap PC negara kita sudah bertukar pola atau skala daripada pandemik ke endemik status COVID-19 nya. 

Pandemik ke Endemik. Bersyukur ya, namun sebenarnya LEBIH MESTI berganda berjaga-jaganya. Bersyukurnya kerana sudah bebas. Bebas kaki melangkah tapi kita masih belum bebas daripada virus. Rasa risau tetap ada. Walau dah terima suntikan vaksin tetap sahaja sesiapa pun boleh jadi pembawa dan sesiapa juga boleh dijangkiti. 

Walau sudah ada virus yang dilemahkan dalam tubuh. Walau kalau ada salam perkenalan(virus daripada luar ) mungkin tidak canggung mana, tapi tubuh masing-masing menerima tetamu (virus) itu lain-lain. Ibaratnya, kalau kita dah kenal orang lain pun, bila jumpa kadang tak terus mesra juga. Kadang ada juga rasa janggalnya. 

Perintah kawalan pergerakan memang menjadi beban perasaan dan fikiran. Endemik juga sebenarnya menjadi satu gelombang cabaran besar dalam kehidupan kita semua. Mungkin ada yang anggap biasa sahaja tapi berbalik macam PC cakap tadi, penerimaan tubuh setiap orang tak sama. Virus daripada luar berkomunikasi dengan virus yang ada dalam tubuh walau kenal tetap sahaja ada reaksi berbeza. Ada mudah mesra.  Ada yang gaduh dingin atau gaduh dulu. 

Biarpun Endemik. Ianya bukan tiket. Risiko tetap ada untuk sesiapa pun. 

Tinta Perdu Cinta ❤ 
PANDEMIK KE ENDEMIK


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama