PERGI KE MANA TU | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SUASANA raya masih membahang. Semangat nak beraya masih menebal. Nak qada dua tahun lepas punya semangat bukan mudah. Tapi kena ingat, kita masih tidak boleh terlalu bebas rancak sana sini. Tak berdosa kalau tak buat maksiat cuma bahaya dan risiko tetap ada. Gitu.
Pergi ke mana tu. Huhuhu. Kalau dulu-dulu bila ditanya gitu berjela-jela jawapan dan banyak tempat disebut. Jujur tidak sekarang. Bukan tak ada tempat nak dituju. Banyak, cuma bila memikirkan keadaan sekarang, nanti la.
GAMBAR HIASAN - KREDIT |
Ini PC ya. Orang lain, lain caranya. Ikut masing-masing punya cara dan pendapat juga. Setiap kita ada prinsip masing-masing. PC ok je dan selalu hormati cara orang lain.
Baju Melayu Teluk Belanga
Jalan berdua dengan Yunus
Jaga diri juga semua
Belum terhalang daripada virus
Jumpa dengan kawan baik
Sakan sembang ketawa berdekah
Datang bawa kisah yang baik
Jangan ditinggal luka berdarah
Jaga jarak jangan dilupa
Niat demi kebaikkan semua
Setiap ziarah ada adabnya
Bayangan akhlak didikan keluarga
Besar sungguh mata cincin
Punca mata berkenan dihati
Jangan lupa meminta izin
Tuan rumah mesti dihormati
Sarapan pagi sup cendawan
Kenyang sampai perut sendat
Kalau datang sebagai kawan
Bila pulang sebagai sahabat
Mahu pergi ke mana-mana tetap kena hati-hati. Kalau sebelum ni memang kena hati-hati, sekarang lebih berganda hati-hatinya ya. Jaga diri semuanya.
Tinta Perdu Cinta ❤
PERGI KE MANA TU
Tags:
Santai
Saya pilih untuk tak keluar ziarah-menziarahi raya ni. Masih tak berani. Harap sedara mara faham keadaan sekarang walaupun diorang gigih datang rumah beraya.
BalasPadamSelamat Hari Raya PC :)
BalasPadamHarap kes tak meningkat lepas raya. Kita doa yang baik-baik
BalasPadamtak kemana pun jumpa fmly... kwn ada je yg betul lama2 xjumpa n slu bertahun2 dh ajak p rumah baru sempat p thn ni... sahabat baik pun x sempat nk p wlupun plan dr bulan puasa. mcm2 plan bertukar, x mampu nk ikut plan...
BalasPadam