RAYA MASIH AWAL TAPI KUIH RAYA SUDAH HABIS | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. PERNAH tak berlaku dan pernah tak alami situasi ni. Raya masih awal lagi ni tapi kuih raya dah habis dalam stok. Hahaha. Serius mama babah pernah alami. Masa tu tetamu memang ramai. Kalau tak silap PC raya akhir sebelum COVID-19.
Tetamu ramai. Ada jugalah masak-masak. Biasanya kalau dah makan ni orang kurang nak makan kuih muih raya. Lagi la kalau rumah kita ni, dah jadi rumah akhir. Tapi Tahun tu macam terbalik la pulak. Jadi rumah pertama saudara mara datang bertandang.
Lucunya, mama babah cakap alhamdulillah biskut raya tak membazir, beli lagi malahan. Tambah lagi. Kita ni ada tetamu tetap juga yang tolong habiskan biskut raya. Toleh kanan kiri tak ada orang. PC la tu yang dimaksudkan. Hahahahahaha. Tapi memang betul pun. Tinggal habuk je banyak.
Lebih terkejut lagi bila balik rumah mertua pun sama juga. Kuih raya laku keras. Pun sama juga ada penyumbang khas yang buat biskut raya cepat habis. Adik2nya ipar dengan biras PC. Penyudahnya beli lagi juga biskut rasa tiga empat jenis. Hahahahaha.
Rupa-rupanya Allah SWT balas bagi cuti raya dua tahun. Allahu. Tu bila tak dapat balik raya hati sayu sangat-sangat. Tahun ni kira tahun pertama raya selepas sudah tidak ada perintah kawalan pergerakan. Virus tetap ada. Kita tetap juga tak boleh terlalu bebas ke mana-mana juga. Kes tetap meningkat cuma bezanya dalam situasi bervaksin. Namun risiko tetap sahaja ada.
Mahu tidak mahu semua perlu dijalani seperti biasa walau dalam waspada sentiasa.
Tinta Perdu Cinta ❤
RAYA MASIH AWAL TAPI KUIH RAYA SUDAH HABIS
Tags:
Santai
slmt hari raya maaf zahir batin
BalasPadamsama la kan
thn ni kuih raya kurang dari lepas2 , beli kerepek2 je utk tetamu dan ciknur sempat buat sejenis je he hee sekbaik ada yg baikhati bg biskut raya
Alhamdulillah. biskut raya di umah abe kie pun dah nak hampir abis ni. meriahnya raya kali ini..
BalasPadamhhahha betul2 kdg xpasan main suap2 tgk2 dah abs kuih nya
BalasPadamSelamat hari raya Aidilfitri PC serta maaf zahir dan batin.
BalasPadamKan.. memang pernah berlaku pada rumah mak kat kampung juga sebab ramai balik ramai juga yang tukang makannya heheheee...
tahun ni biskut raya xsempat nk sediakan banyak
BalasPadamWkmussalam
BalasPadamTahun ni ramai yang beraya, tu yang cepat habisnya