SESALAH DAN SEDOSA APA SEKALIPUN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. KITA manusia. Kalau boleh menjaga lisan, belum tentu mampu mengawal hati. Kalau berjaya kawal hati dan lisan, boleh jadi gagal jaga pandangan dan fikiran.
Alah, jangan jadikan manusia biasa sebagai alasan buat salah. Kan Allah beri akal letaknya diotak. Memang betul. Tapi kita tetap manusia ada nafsu. Yang ma'sum nabi dan rasul. Kita umat yang selalu melawan walau sudah jelas diingatkan dan dijelaskan. Sedangkan sepatutnya mencontohi apa yang diajarkan.
Sesalah dan sedosa apa sekalipun, baik diri kita sendiri atau orang lain, tetap sahaja tidak mahu dan tidak suka menjadi tudingan sentiasa. Jadi beban. Jadi tekanan. Jadi yang tidak sepatutnya terjadi.
Dalam penjara, tidak semua Allah yang ditanggung atas kesalahan yang dia lakukan. Ada je yang jadi mangsa. Ada je yang dijadikan istilahnya "kambing hitam" golek. Itu dalam penjara. Luar penjara apatah lagi. Tentu ramai yang merasai sudah menanggung beban perasaan, ditambah lagi pula.
PC letakkan diri sendiri. Bila ada buat silap. Diri sendiri akan rasa. Biasanya kita ni ada rasa. Apa aku buat ni betul ke salah. Dosa ke tak. Bila tahu salah. Jelas dosa. Kalau PC, PC nak orang jangan tambah lagi beban rasa. Kalau tak tolong apa-apa, tak tolong doakan, tolonglah jangan ganggu. Cukup Allah sahaja yang tahu, hukum dan terima taubat PC. Jangan terus entah apa-apa diselidiklah, dikait-kaitkanlah. Serabut.
Menghela nafas. Biarkan sahaja diri dan Tuhan. Tidak usah menjadi mulut untuk berbicars itu ini. jangan menjadi jari jemari yang suka menuding. |
PC anggap orang lain pun macam tu. Jangan terus hukum dan menuding jari. Atas dasar apa kita buat macam tu. Sebab ada yang kita dengar daripada penyampaian orang atau apa. Sejahatnya orang tentu ada kebaikkan yang pernah dan telah dia lakukan. Macam tu jugalah kita. Ambil kira kebaikkan itu, kalau tidak kita menzalimi orang lain.
Tinta Perdu Cinta ❤
SESALAH DAN SEDOSA APA SEKALIPUN
Tags:
Santai
semoga tidak menambah dosa walau kita org berdosa
BalasPadam