TERLEPAS BANYAK KENANGAN INDAH

TERLEPAS BANYAK KENANGAN INDAH |  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SAMPAI sekarang banyak kenangan Syawal yang alhamdulillah PC masih ingat. Zaman kanak-kanak, remaja dan sekarang. Percayalah akan ada satu masa, perkara lucu dulu-dulu menjadi satu hiburan dan terapi untuk diri kita. Perkara sedih itu jadi ingatan dan pengajaran. 

Setiap zaman tidak sama. Mesti akan ada perubahannya. Tapikan, berbalik pada diri sendiri juga. Nak macam mana. Kita perlu dan boleh pilih juga. Untuk cipta kenangan supaya nanti jadi pengalaman indah. Sangat-sangat berharga tau. Sungguh. 

Anak-anak zaman sekarang mungkin tidak keseluruhannya la, tapi yang PC lihat cenderung dengan diri masing-masing. Buat hal sendiri. Membina zon nyaman dan selesa masing-masing dengan gadjet tidak lepas daripada tangan. Serius. 

TERLEPAS BANYAK KENANGAN INDAH
GAMBAR HIASAN - KREDIT

Nak marah pun tak boleh juga.  Sebab sekarang memang zamannya.  Cuba tengok orang dewasa.  Orang tua-tua.  Rasa PC seakan-akan sama caranya. Tapi kalau tak ditegur atau dinasihati pun bahaya juga. Ada yang anggap anti social. Pun tak boleh sebab mereka bersosial dalam talian melalui media masa. Betul tak. 

Cuma, ada rasa kerugian dan kehilangan. Biasa anak-anak teruja main bunga api tapi tak berminat langsung ke arah itu. Biasa anak suka sibuk kacau ibu ayah atok nenek anyaman ketupat mereka pandang sepi pun tidak. Teruja pasang pelita lagi la.. Macam jauh sangat.  Rugi di situ. Dan percaya tak, ada yang sembang dengan PC dia rasa sedih sebab cucunya ramai tapi bila balik kampung rumah atok neneknya sepi. Jumpa cuma dimeja makan je.

Waktu lain ke mana.  Keceriaan ke mana, keriuhan ke mana. Masing-masing ngadap gadjet. Sedihkan. Terlepas banyak kenangan indah. Ada kebenarannya. Jadi kurang mesra dengan keluarga pun ya juga. Tak apalah. Mungkin ini masa mereka. 

Tinta Perdu Cinta ❤
 TERLEPAS BANYAK KENANGAN INDAH

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. W'salam PC.. Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada PC.. Kenangan menyambut Hari Raya zaman kanak-kanak memang memori terindah LZ.. Ketika itu tak sabar menunggu kepulangan cousins untuk berkumpul di kampung.. Sangat berbeza dengan sambutan Hari Raya kanak-kanak sekarang..

    BalasPadam
  2. Masa raya hari tu, tak ada yg sibuk dgn gajet. Sibuk makan jer, bakar sate sama2, hehe.

    BalasPadam
  3. betul tu kan!!! balik raya bdk2 x kenal mak pak sedara sbb asyik sangat dengan henpon!! kadang tu geram btul.. bila kita tutup tenet kat tipon, bole tahan dalam soploh minit aje la.. lps tu memasing da mcm cacing kepansan

    BalasPadam
  4. kemeriahan aidilfitri semakin sepi kerana anak2 kini suka bersendiri

    BalasPadam
  5. Zaman berubah dan tak sama macam kita sambut raya masa kanak2 dulu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama