MEMANG BETUL NIKMAT CUMA SEKEJAP | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt SEPERTI yang Tuhan izin. Segitulah. Berapa umur kita di dunia ini, ya segitulah. Nikmat ni luas maksudnya. Tak sama PENGERTIAN nikmat untuk setiap orang. Beza ketara.
Dapat menghirup secawan coklat hangat itu nikmat bagi segelintir individu. Dapat jalan-jalan cuma pusing-pusing keliling rumah je pun dah rasa nikmat juga bagi sesetengah orang. Mungkin ada juga yang beranggapan nikmat sebenar itu bila dapat rezeki berlimpahan dan tidak putus-putus. Ha itu baharu nikmat. Pun boleh, dah kalau itu tafsirannya.
Nikmat cuma sekejap. Bagi PC ya. Contoh kecil je. Makan ais krim. Masa makan rasa nikmat. Bila dah habis, selesai nikmat. Nak rasa nikmat lagi makan lagi. Itu yang PC maksudkan nikmat sekejap. Andai di dunia ini, merasai nikmat berterusan dan berpanjangan makanan tak ada yang beli. Pakaian tak ada yang beli. Tiada permintaan dan penawarannya.
Berulangkali itu kerana mencari dan mahu rasai nikmat dan kepuasan. Justeru nikmat yang singkat dan sekejap. Macam orang bersedekah, di dunia ini dia suka sedekah. Seronok. Seronok yang sebentar kemudian diulang lagi. Ulang lagi dan lagi.
Cuma dalam beribadah, ada nikmat berganda. Ulang lakukan mencari nikmat dikecapi dunia tapi tak perlu ulang di akhirat sebaliknya cuma tuai nikmat berterusan di sana tanpa lakukan apa-apa. Di akhirat nikmat mendekati kita. Di dunia kita mencari dan mengejar nikmat.
Tiada yang kekal. Di dunia ini. Diri sendiri dan nikmat yang sedang dinikmati. Kalau sekarang bersedia kumpul pahala dan buat baik in sya Allah nanti rasakan nikmat lain. Kalau tak, sekadar nikmat dunia sahaja
Tinta Perdu Cinta ❤
MEMANG BETUL NIKMAT CUMA SEKEJAP
Tags:
Santai
nikmat dunia hanya sementara tp masih ramai yg mengejarnya mcm dunia ini mrka yg punya!
BalasPadamsalam Jumaat kak PC. Kita insan terpilih kalau rasa nikmat bila melakukan ibadah. moga tak termasuk golongan yang rasa nikmat lakukan maksiat
BalasPadamSikit2 tu yg nikmat...
BalasPadamsalam jumaat
BalasPadamAlhamdulillah.. Terima kasih berkongsi..
BalasPadamYg dicari sehasusnya.nikmat apabila tidak lg didunia
BalasPadamtp.kadang2 kita alpa ...dgn kenkkmatan duniawi