PATAH

PATAH | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SERING dengar dan sering digunakan juga.  Patah nanti akan tumbuh. Hilang nanti berganti.  Patah tumbuh hilang berganti. Begitulah yang sering dikhabarkan lebih-lebih lagi ketika mahu memujuk hati dan fikiran. Betullah tu.  Namun sejauh mana terjadi dan berkesannya pada diri sendiri itu rezeki masing-masing. 

Patah.  Patah apa.  Patah hati. Patah sebatang pensil. Patah gigi. Patah yang bagaimana. Ada macam-macam jenis patah. Patah yang sering buat manusia terduduk adalah patah hati.  Sungguh. Sebab itulah awal-awal lagi PC cakap patah tumbuh hilang berganti ikut rezeki masing-masing. Sebab ada yang patah tidak tumbuh lagi sebaliknya terus mati. Ada yang mungkin tumbuh tapi lambat sangat. Dan, kalau tumbuh pun tentu sahaja tidak sama. Boleh jadi lebih baik atau sebaliknya

Patah. Sakit.  Pedih. Hancur. Adakala rebah tersungkur.  Hilang semuanya. Lebur segenapnya. Patah bukan seperti luka-luka biasa. Tidak seperti lebam kena cubit juga. Cuba ambil sebatang lidi kemudian patahkan. Cuba Ambil sekeping biskut patahkan. Nak cantumkan semula susah. Boleh cantum tidak sempurna awalnya tadi. Nampak tak. Faham tak. Apa itu patah hati. 

Kalau ada orang cakap dia rasa patah hati. Percayalah biasanya sebelum-sebelum itu Dia sudah berusaha bertahan dan mempertahankan hatinya agar tidak patah rasa. Sehinggalah sudah tidak berdaya untuk bertahan lagi. Ini tak semestinya merujuk satu hal sahaja.  Banyak punca. 

Patah. Kadang buat orang buang Tuhan dalam hidupnya.  Nauzubillah. Kadang, kerana patah dia memilih SEMAKIN DEKAT DAN RAPAT dengan Allah SWT. Akan berlaku perubahan besar dalam diri seseorang itu ketika sedang patah hatinya. Hati-hati. Baik pada diri sendiri atau orang lain. 

Patah. Bukan tidak boleh sembuh kerana semua Allah izin berlaku. Walau tetap ada parut dan kesannya, patah itu terkadang menyemai satu benih semangat yang berharga pada diri. 

Tinta Perdu Cinta ❤
Patah 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. patah hati memang bahaya... susah nak sembuh..jadi kena berhati-hati dalam menjaga hati

    BalasPadam
  2. patah hati berulang kali..sampai hilang rasa. huhu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama