RUGILAH | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. DULU ianya pedih. Sekarang pun pedih cuma bezanya lebih bijak mengawal diri. Kawal perasaan, kawal lisan dan kawal reaksi. Rugi apa ni. Isu rugi yang sangat tidak asing dikalangan masyarakat kita. Pemikiran. Serong pandangan yang dibiaskan dalam bentuk persoalan. Dilontarkan kepada orang lain. Satu persatu. Seringkali. Dengan niat setiap orang yang tidak sama bertanya akan sesuatu hal.
Rugi. Tak untung. Adakah rugi itu berterusan. Atau rugi itu suatu yang menyakitkan. Kalau isu rugi dibangkitkan dalam urusan perniagaan, mungkin ya. Tapi kali ini rugi yang dimaksudkan bila lambat atau tidak lakukan sesuatu.
'Eh, rugi tau sewa rumah, baik beli rumah'
'Eh, rugi muda-muda kau tak nak beranak'
'Eh, rugi tak melabur dan beli'
'Dah tua baru nak kawin kan rugi'
'Eh rugi kawin dengan orang jauh'
Daun kering depan mata pun kita tak tahu bila akan gugur. Jadi kita pun tidak pasti rugi untungnya orang lain jugakan.
Ermmm berapa banyak rugi daaaa. Kenapa asyik rugi sahaja yang ditetapkan macam bersangka buruk dengan Allah sahaja. Sebab semua yang dianggap rugi itu telah disertai dengan usaha doa dan tawakkal jugakan. Mungkin daripada kita cuma peratusannya kecil je pun. Peratusan yang besar daripada izin NYA. Jangan bila orang eh serba serbi jadi rugi. Bila diri sendiri menikus la pulak.
RUGILAH. Setiap orang mesti ada garis waktu yang berbeza. Semua dah ada bahagian masing-masinglah. Termasuklah awak, awak ya awak atau sesiapa pun itu yang suka hukup orang lain dalam kerugian, pun sama ada garis waktu juga. Boleh jadi rugi hari ini kemudian untung berpanjangan. Kalau untung dikawal belum tentu juga tak bakal rugi.
Aturlah kehidupan sendiri ya. Kalau asyik rugikan orang lain je, takut juga kata-kata tu patah balik pada diri sendiri. Kata-kata tu kan doa. tak takut ke. Tanya je.
Tinta Perdu Cinta ❤
Rugilah
Tags:
Santai
Untung...untung..untung semua orang nak untung rugi jangan sebut hehehee...
BalasPadamRUGI XMENFAATKAN MASA
BalasPadam