SELESAI TIGA PULUH HARI TAMAT SETENGAH TAHUN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SELESAI sahaja bulan Jun dihari ke-30 bererti selesai setengah tahun pertama 2022. Enam bulan pertama selsai kita lalui. Dengan pelbagai warna dan cerita. Dengan bermacam rasa dan coraknya.
Enam bulan pertama, barangkali ada yang merasainya macam roller coaster. Barangkali ada yang tempuhinya seperti lautan luas yang berombak dan bergelora sentiasa. Tidak dinafikan ada yang melalui enam bulan yang sudah dengan skala yang sangat nyaman atau selesa dan baik-baik sahaja. PC?. Syukur alhamdulillah apa adanya.
Selesai tiga puluh hari?. Macam baru semalam cerita melangkah masuk bulan Jun kan. Ermmm hari akhir dah hari ni. Bererti tamatlah setengah tahun. Jun 2022 cuma sekali. Tak berulang lagi. Memang la ada lagi Jun tapi tahun hadapan 2023 pula ya. Allah izin jumpalah kita Jun akan datang. In sya Allah. Aamiin.
Mungkin sesetengah orang graf kehidupannya mencanak naik. Sedangkan sesetengah orang yang lain boleh jadi mendatar atau semakin mencanak turun. Jangan bandingkan hidup kita dengan hidup orang. Jangan hehret kehidupan orang dalam hidup kita. Huru hara nanti. Kalau boleh bangkit dan kalau boleh kejar, terus berlari dan kejar.
KREDIT - GAMBAR HIASAN bicara kaki yang letih berkayuh adalah dengan memberi rasa.. berhentilah sejenak supaya nanti mendapat kayuhan yang lebih bertenaga |
Dewasa kini, macam-macam yang kita dengar dan lihat. Pandai-pandailah pilih dan contohi. Bijaklah bertindak dan membuat keputusan. Kalau pun tidak meningkat dalam hidup bertahan jangan sampai menurun dan terus rebah. Semakin lama semakin besar dan tinggi cabaran untuk kita semua.
Tinta Perdu Cinta ❤
SELESAI TIGA PULUH HARI TAMAT SETENGAH TAHUN
Tags:
Santai
ada lebih kurang 180 hari lagi utk diselesaikan.
BalasPadamLg 1/2 tahun dah thn 2023 ..cepattnya masa berlalu
BalasPadam