AMBIL BAIKNYA GALI POSITIFNYA | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. KENA RAJIN. Rajin ni sangat luas pengertiannya. Rajin urus itu ini. Rajin beraktiviti. Mudah cakap rajinlah. Rajin ni ada dua. Rajin yang positif. Rajin yang negatif. Ini pendapat PC tau. Lain orang berbeza pandangannya.
Rajin positif. Rajin yang sihat. Tak kiralah buat apa pun asalkan positif. Dahlah hal yang positif kemudian rajin pulak tu dilakukan atau dicari. Memang bagus. Akal dan hatinya jernih, lurus dan tulus. Aamiin. Susah nak buat rajin positif ni. Serius.
Rajin negatif. Ini jangan cakap. Tersangatlah mudah dibuat dan boleh jadi rutin. Lagi dibuat lagi seronok. Lagi kalau ada gang maka lebih menjadi dan menjadi-jadi. Tak percaya cubalah. Akan mudah je kumpul gang yang sefrekuensi. Gitu. Cuma risikonya besar. Tak kat dunia kat akhirat pasti.
Tapikan, kalau kita sedar bahawa hidup ini tidak selamanya di dunia.. Mesti kita akan berusaha AMBIL BAIKNYA GALI POSITIFNYA dalam banyak hal yang ada disekeliling kita walaupun pada kasarnya macam jelas itu hal yang negatif.
Sebabkan tak ada yang lahir negatif. Semua yang lahir baik-baik. Putih bersih. Suci. Diri sendiri yang mahu seperti apa. Banyak negatif atau banyak positif. Boleh pilih. Kalau pun dah terpilih yang negatif, peluang untuk berubah pun tetap ada dan masih boleh. Cuma nak atau tidak sahaja. Yang mana pilihan.
Tinta Perdu Cinta ❤
AMBIL BAIKNYA GALI POSITIFNYA
Tags:
Santai
pilih positif saja tenang jiwa
BalasPadam