ANAK GURU PERTAMA IBU BAPA BEGITU SEBALIKNYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SALING MENJADI GURU satu sama lain. Anak adalah guru ibu bapa bagaiamana menjadi seorang ibu bapa. Apatah lagi ibu bapa kita adalah dan tentu sahaja menjadi guru pertama kepada kita seorang anak.
Dulu mama selalu cakap, sebenarnya mama banyak belajar daripada Jua. Jua lahir je masih baby pun dah boleh jadi cikgu mama mama. Mama babah belajar urus anak, sabar, cari rezeki semua kerana ada anak. Sebab hidup berdua tidak sama caranya dengan selepas dah ada anak. Mama doakan satu masa nanti Jua rasa jadi ibu. Mesti anak Jua tu adalah cikgu Jua.
Walau semua dah tinggal kenangan indah, bila PC fikir balik memang ada kebenarannya. Guru yang memberi pengalaman. Pengalamnan hidup. Ada manis dan pahitnya. Ada suka dan dukanya. Bukan main-main dan tidak juga sembarangan. Kata babah, mengurus anak ni tak mudah. Kalau pun dapat anak yang sangat mudah diurus bukan bererti ibu bapa boleh sambil lewa sahaja. Nanti menimbulkan bayak masalah. PC setuju.
Anak guru pertama ibu bapa begitu sebaliknya. Bererti sama-sama memberi ilmu dan pengalaman. Sama-sama mencontohi dan belajar. Sama-sama jagi cikgu dan murid. Ada timbal balas. Bersama-sama membangun hubungan yang sihat dan lebih baik dalam alam dan ilmu kekeluargaan. Ini pendapat PC dan arwah mama PC juga babah.
Lain orang berbeza anggapan. Semua dengan izin Allah swt. Kita perantara dan pelaku yang ada amanah perlu dilunasi selagi hidup. Satu, jangan sampai ibu bapa menjadi hamba kepada anak. Itu sudah memadai dan menyelamatkan si anak.
Tinta Perdu Cinta ❤
ANAK GURU PERTAMA IBU BAPA BEGITU SEBALIKNYA
Tags:
Santai
Ya kan betul sgt tu
BalasPadammenjadi ibu buat pertama kali byk kita kita belajar
betul tu. dr anak kita belajar mengurus. dan sy pun bekas guru. hehehe
BalasPadamINSYAALLAH SALING MEMBERI ILMU ANTARANYA
BalasPadam