BERKECIL HATI

BERKECIL HATI | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. JANGAN MUDAH berkecil hati.  Ya, memang mudah bercakap macam tu.  Kadang tu siap ada yang berani perli-perli. "Sikit-sikit kecil hati". "Sikit-sikit nak terasa hati". Semua orang Allah Jadikan hatinya daripada sebuku darah.  Cantik sebuku darah itu iaitu hati,  maka cantik dan selamatlah seluruh jasad seorang manusia itu. 

Itu yang perlu kita dasari. Itu yang perlu ada latihan sepanjang hidup macam mana nak jernihkan hati.  Namun begitu, hakikatnya adalah rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Ada banyak jenis acuan dan cetakkan, untuk doh atau adunan, begitu jugalah dengan hati manusia ni. 

Ada yang mudah berkecil hati.  Ada yang tak mudah berkecil hati. Masing-masing. Tapi bagus PC,  berkecil hati itu bukan satu yang pelik atau langsung tidak dibolehkan kecuali keterlaluan. Kita manusia ada jiwa. Ada rasa. Rasa berkecil hati ni bukan direka atau boleh disetkan. Spontan. Semulajadi. 

PC yakin juga, rasa berkecil hati ni biasanya kalau ada tindakkan atau provokasi berlebihan daripada orang lain atau anasir-anasir luar disekitar kita. Lebih-lebih lagi kalau menyentuh isu sensitif, kisah lalu dan terlalu peribadi dicuit. 

Awalnya berkecil hati. Kemudian terus jadi sakit hati. Bila dibiarkan tidak diluahkan atau berterus-terang boleh jadi dendam. Ini saling berkaitan dan saling kena mengena. Sebenarnya Bahaya.  Menganggu ketenangan hidup.  Jadi rungsing. Serba tak kena.  Mula la  lebih banyak nampak salah berbanding yang benar.  Adoi. 

Lebih bahaya, bila yang berkecil hati itu ibu bapa kita, darah daging kita dan orang yang rapat dengan kita. Apatah lagi kalau Allah SWT yang murka. 

Tinta Perdu Cinta ❤
Berkecil Hati


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kadang tu kan PC cuba juga kuatkan hati agar tidak berkecil hati pada sesiapa, tapi dah namanya ada hati, huhuhu faham-faham ye udah...

    BalasPadam
  2. kecil hati tu tak dapat dielak, hanya mampu dikawal. sebolehnya bawak berbincang dan jangan dibiar terbuku lama-lama

    BalasPadam
  3. Normal berkecil hati, tapi tidak normal busuk hati.

    BalasPadam
  4. Kadang-kadang tak nak berkecil hati tapi bila orang selalu buat perkara yang mengganggu emosi kita lama-lama akan terasa jugak.

    BalasPadam
  5. Kadang memang ada rasa kecil hati tu PC, tapi selagi boleh tahan buat aja lah macam tak ada apa-apa. Nanti lama-lama okay lah balik.. huhuhu..

    BalasPadam
  6. Dh nama mansia ni mmg bohonglah kalau bgtau x pernah berkecil hati... betullah dpd kecil hati tu trs rasa sakit hati lama-kelamaannya

    BalasPadam
  7. Semakin berusia semakin mudah rasa berkecil hati. Begitulah lazimnya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama