BERTASBIHLAH KEPADA ALLAH SWT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. CUMA KITA YANG TIDAK MENDENGAR dan tidak memahami bahasa dan cara yang mereka gunakan. Sedangkan..
Syukur sangat-sangat, memasuki Jumaat kedua dibulan Julai ini. MasyaAllah. Tabarakallah. Penghulu segala hari. Mewah keberkatan dan mewah dengan pelbagai nikmat untuk dikecapi dan disyukuri oleh kita semua.
Sibuk dengan hal-hal duniawi itu lumrah. Tapi sibuk hingga melalaikan itu berbahaya kerana sedang mencipta jerat untuk menyakiti diri sendiri kelak. Bukan cuma di dunia tapi di akhirat juga akan rasai azabnya. Nauzubillah.
Kalaupun tidak mampu melakukan amal yang besar, jangan tinggalkan atau lupakan tasbih memujiNYA sentiasa. Tidak cuma pada hari Jumaat, dihari-hari yang lain juga. Jadikan amalan dan jadikan rutin yang dimestikan kepada diri sendiri. Boleh kan?. In sya Allah boleh bila mahu.
Tinta Perdu Cinta ❤
BERTASBIHLAH KEPADA ALLAH SWT
bahkan haiwan n pokok2 juga bertasbih kpd Allah...
BalasPadamsalam jumaat!
BalasPadamSelamat bertakbir di malam raya
BalasPadam